Social Icons

Pages

Wednesday, July 09, 2014

BREAKING NEWS !!! #MALAYSIA DI AMBANG KEMUSNAHAN PADA TAHUN 2020 ??? WAJIB BACA !!!


Malaysia adalah sebuah negara yang dinamik dan berdaya saing.Ini jelas ditunjukkan di dalam pembangunan yang telah negara ini kecapi semenjak dari hari pertama ia memerdekakan dirinya dari penjajahan British.Pada tahun 80’an,Tun Dr Mahathir (pada ketika itu Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad) telah mensasarkan bahawa kita akan terus cemerlang dan maju.Tahun 2020 merupakan satu garis yang ditetapkan oleh beliau dimana Malaysia akan setaraf dengan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.Tun Dr Mahathir telah berjaya untuk melaksanakan dasar-dasar terbaik untuk Malaysia terus dijulang tinggi di persada dunia.Pada tahun 90’an pula,Malaysia mempunyai satu struktur “tiger ekonomi” yang digeruni lawan dan rakan.Sungguhpun begitu,Tun Dr Mahathir juga dikritik oleh barat sebagai “bodoh ekonomi” dan “apa yang Mahathir tahu pasal ekonomi boleh ditulis dibelakang stamp”.Tun Dr Mahathir dikritik hebat kerana menolak pelawaan IMF untuk pinjaman kewangan bagi menepis kegawatan ekonomi negara.Sedang ekonomi dunia merudum,Malaysia tetap utuh dan masih lagi boleh berdiri megah dengan penuh bermaruah.Tahun 1998 merupakan satu titik tolak yang teramat besar bagi negara kita.Pada ketika itu Sukan Komanwel ke-16 sedang berlangsung dengan meriahnya.Pada tahun itu juga Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Namun imej Malaysia masih lagi gah dan terus harum apabila kejohanan sukan berprestij itu dijalankan dengan jayanya. 

Namun begitu,dengan berakhirnya sukan komanwel bukan bererti berakhirnya riwayat politik seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.Sungguhpun telah dijatuhkan hukuman,tiada sekelumit insaf pun yang dirasai olehnya.Apabila Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia,Abdullah Ahmad Badawi pula mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia.Di saat ini,Anwar Ibrahim dibebaskan semula dan seterusnya membuat onar kepada rakyat Malaysia Jika dulu rakyat Malaysia lebih gemar memperbaiki struktur ekonomi dan sosial mereka, sekarang rakyat Malaysia lebih gemar berpolitik.Secara jelas katakata Anwar Ibrahim membuatkan rakyat terpukau,kononya ada sebuah “Utopia” yang segala-galanya sempurna dan cantik.Anwar ibrahim pula menjanjikan pelbagai benda sekiranya beliau terpilih menjadi Perdana Menteri nanti.Walhal apa yang tidak dapat disangkal adalah sifat Anwar Ibrahim yang terlalu senang untuk menipu.Lihat sahaja Kerajaan Di Negeri Selangor adakah mereka menepati janji mereka kepada rakyat ??? Jika ini Utopia pembangkang, maka lebih baiklah lupakan sahaja niat untuk menawan Putrajaya nanti.Ingat lagi penulis tentang temuramah BBC bersama Anwar Ibrahim,ketika ditanyakan tentang keadaan penjara yang beliau duduki, Anwar seboleh-boleh ingin menunjukkan bahawa beliau berada dalam “Solitary Confinement” (Sel Asing) walhal,saya mendapati bahawa ketika di dalam penjara,Anwar Ibrahim mendapat layanan istimewa berbanding mana-mana banduan di dalam penjara tersebut. 

Sekiranya beliau berada dalam penjara yang benar-benar teruk,mana mungkin beliau boleh keluar ke Mahkamah dengan senyuman yang tidak pernah pudar di bibirnya.Seperti tiada isu lain,apabila beliau ke luar negara beliau akan memburuk-burukkan Malaysia seolah-olah Malaysia itu sendiri adalah musuhnya.Kini atas faktor politik banyak pembangunan yang tidak dapat dilaksanakan dengan baik.Rupanya adun-adun dan ahli parlimen PR yang disangkakan sebagai orang-orang cerdik pandai bukanlah sebegitu rupa hatinya.Mereka lebih rela menyimpan harta daripada membelanjakannya untuk kepentingan negeri dan rakyat Selangor.Cuba teka siapakah Penasihat Ekonominya ??? Sudah tentu Anwar Ibrahim.Apa yang kita khuatir adalah,kenyataan yang dibuat oleh orang-orang seperti Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng adalah satu pengkhianatan terbesar kepada negara kita.

Lim Guan Eng pernah berkata bahawa semua tempat di Pulau Pinang selamat berbanding negeri lain di Malaysia.Ia sperti menampakkan sindrom sabotaj yang digunakan untuk menaikkan nama sendiri dan nama negeri masing-masing.Bagaimana pelabur asing ingin melabur sekiranya rakyat Malaysia sendiri seperti Lim Guan Eng dan Anwar Ibrhaim sendiri merosakkan nama baik negara ini.Sekiranya ini masih terus berlarutan maka ianya tidak mustahil sekriranya negara ini akan punah sebelum sempat kita menikmati Wawasan 2020 yang telah lama kami idam-idamkan.Jika masih ada lagi yang percaya kepada wawasan 2020 maka berdoalah agar ianya akan menjadi kenyataan kerana serangan yang menimpa kerajaan pada ketika ini adalah terlalu kuat.Hanya kerana sebahagian rakyat Malaysia membenci kerajaan tidak wajar rasanya mereka membenci negara yang mereka diami kini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Anonymous said...

Tak perlu nag salahkan pembangkang. Najib sendiri sedang musnahkan negara sebelum 2020.Sebab itu dia letak adik dia kat Khazanah supaya harta negara dapat dirembat.

Anonymous said...

kalau pun malaysia diambang musnah ia adalah kerana rakyatnya sendiri kerana masih memberi muka kepada petualang negara iaitu Anuar peliwat dan semua ahli poitik tak berkualti yang sewaktu dengan nya. Ia memang benar najib tak guna lemah,bangang hanya ikut punasihat yang tak berguna masih lagi tak mahu berhenti tapi dengan memilih geng anuar peliwat adakah ni jalan terbaik? jawapan nya tidak,kerana mereka hanya membawa negara kepada kemusnahan kerana allah melaknat pemimpin berstatus peliwat, Islam tak boleh terima parti politik yang lacur agama untuk kuasa seperti PAS ,Malaysia tak boleh dipimpin oleh puak yang rasis dan altra kiasu seperti Dapigs.Kita tidak ada pilihan sebenarnya polisi yang di gariskan oleh pemimpin dahulu dalam BN sungguh relevan bagi Malaysia ,Rakyat harus membersih BN daripada pemimpin tak berguna macam pak lah , Najib dan konco-konco mereka tapi bukan memusnahkan BN ,Bagaimana cara kita rakyat malaysia harus bersatu dan harus pandai dalam percaturan politik malaysia memang senang bercakap tapi susah nak dilaksanakan kerana masih banyak rakyat mudah ditipu dengan kebinatangan orang politik.

Anonymous said...

apa pilihan yg ada. memilih PR adalah jln terburuk. BN dibelenggu pemimpin lemah dgn pengampu dan punahsihat dikelilingnya.

Anonymous said...


Masa bersama segala suka duka dikongsi bersama... u jump i jump..

Namun, ditakdirkan esok2 bila dh x sehaluan.. semua rahsia yg dikongsi bersama segera dipecahkan.. dijadikan modal untuk menjatuhkan org yg kita pernah anggap sebagai 'brother'... kah kah kah.. sekelip mata kita jadi musuh, saling memburukkkan.. saling menfitnah.. phuii sana phuii sini tp takut nk berdepan / berdebat.. semua main ckp belakang melalui media.

politik... Setiap parti tu tidak bersalah.. yang salah cuma pemimpin dalam parti.

Anonymous said...

Yg nyata...ahli politik membelakangkn agama. Politikkan agama. Sbb...ada yg ckp...sokong umno bn kafir. Islam apakah ini. Nk sokong mana terpulang. Jgn bwk isu agama dlm politik. Solat jgn tinggal...jgn bersangka buruk pd org lain. Yg penting jgn mmfitnah sesama islam. Yg slh tetap slh. Moga celik hati dan akal...bukn hati yg hitam gelap x dpt hidayah...sampai islam berpecah x bersatu sbb politik...jgn sampai nk solat pun jadi dua imam mcm baru2 ni. Fikirkn lah.

Anonymous said...

korang bebuka apa nanti?

 
 
Blogger Templates