Ramai yang menganggap bahawa kongsi gelap atau pertubuhan rahsia dikalangan orang Melayu hanya bermula apabila orang-orang Melayu menyertai kongsi gelap Cina yang sedia ada selepas Merdeka.Namun begitu ada catatan sejarah yang menunjukkan bahawa orang-orang Melayu telah mempunyai pertubuhan rahsia sendiri sejak dari tahun 1850-an.Penglibatan orang-orang Melayu di dalam pertubuhan rahsia telah dicatatkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang (1851-1856) J.D. Vaughn.Melalui risikan beliau,ia menunjukkan bahawa kebanyakkan daripada ahli-ahli pertubuhan rahsia ini adalah mereka yang berpengaruh di dalam komuniti kampung orang-orang Melayu.Ini termasuk Imam-imam Masjid,guru-guru agama,pekerja kerajaan dan juga ketua-ketua kampung.Pertubuhan Rahsia Melayu amat berkait rapat dengan pertubuhan rahsia orang Cina pada satu ketika dimana mereka akan menjalankan perniagaan sebagai rakan kongsi bersama-sama.Ini menunjukkan bahawa kekuatan orang Melayu pada ketika itu tidak dipandang enteng oleh ketua-ketua kongsi Cina kerana mereka begitu berminat untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan rahsia Melayu.Terdapat teori yang mengatakan pertubuhan kongsi gelap Melayu adalah berasal dari kongsi gelap Cina,namun teori ini tidak dapat dipastikan dengan jelas.
Namun sekalipun ianya berasal dari kongsi Cina,kuasa yang dipegang oleh orang Melayu pada ketika itu sememangnya digeruni oleh semua.Pada era 1850-an hanya dua pertubuhan rahsia Melayu yang dikenali dan amat popular dikalangan penguatkuasa British,iaitu Kumpulan Bendera Merah dan Kumpulan Bendera Putih.Kedua-dua kumpulan ini menjadikan masjid dan surau sebagai tempat perjumpaan dan perbincangan mereka.Perkara ini amat ditakuti oleh Kerajaan British kerana ianya bakal menguatkan lagi orang Melayu untuk menentang mereka.Walhal pada dasarnya pertubuhan rahsia Melayu ini adalah berteraskan dari sudut ekonomi dan survival orang Melayu di Pulau Pinang.
Pertubuhan rahsia orang Melayu bukan sahaja ada di Pulau Pinang,malah terdapat juga pertubuhan-pertubuhan yang tidak berdaftar yang wujud di negeri-negeri seperti Kedah,Johor,Pahang,Perak dan Melaka. Namun begitu kebanyakkan pertubuhan-pertubuhan ini adalah berasaskan sekolah-sekolah persilatan. Silat merupakan medium utama penyatuan bangsa Melayu pada ketika itu kerana ianya diperlukan untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.
Di sinilah berkembangnya semangat perpaduan di kalangan orang Melayu kerana pada ketika itu penguatkuasaan undang-undang yang diperolehi dari penjajah British adalah tidak memadai dan selalunya berat sebelah.Setelah beratus tahun pertubuhan rahsia Melayu ditubuhkan, kita tidak tahu samada ianya masih lagi wujud hingga kini atau tidak.Ini kerana apa yang kita dapat lihat sekarang adalah pertubuhan baru yang tidak dapat dipastikan keasliannya.Mungkin ianya ada kaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dahulu atau mungkin juga tidak.Sejak dari tahun 1957 apa yang kita sering dengar adalah ramai anak-anak Melayu yang bertuankan kongsi-kongsi Cina pula.Perkara ini amat memalukan kerana anak-anak Melayu yang menyertai kongsi gelap Cina dianggap tidak lebih dari “kuli” atau “khadam” yang menjalankan tugas-tugas kotor untuk “boss” mereka.Selebihnya adalah kumpulan-kumpulan Melayu yang berlagak seperti samseng walhal mereka tidak langsung mempunyai apa-apa kekuatan dari sudut ekonomi mahupun kekuatan anggota sepertimana yang pernah dikecapi oleh kumpulan Bendera Merah dan Bendera Putih pada tahun 1850-an dahulu.
Apa yang pasti,dengan tekanan yang diterima oleh orang Melayu Semenanjung pada ketika ini, tidak mustahil kumpulan-kumpulan seperti Bendera Merah atau Putih ini akan muncul semula. Orang Melayu semakin hari semakin ditindas oleh bangsa lain.Keupayaan untuk berniaga pun dihadkan oleh sesetengah penguasa negeri.Mungkin sudah tiba masanya untuk orang Melayu bangkit dan menghadapi masalah ini dengan berani.Apa yang penting ialah maruah dan kesinambungan legasi orang Melayu wajib dipertahankan, walau dengan apa jua keadaan sekalipun.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
5 comments:
ADAKAH PERTUBUHAN MELAYU YG ADA PADA MASA ITU BOLEH DIKATOGARIKAN SEBAGAI KONGSI GELAP DARI SEGI FAHAMAN DAN AMALANNYA SAMA SEPERTI CIRI2 KONGSI GELAP YG DIBAWA DARI NEGERI CINA DGN NORMA2NYA SEHINGGA BOLEH DIKATOGORIKAN SEBAGAI KONGSI GELAP SAMA SEPERTI GEE HIN DAN HAISAN APAKAH PERSAMAANNYA ?
UNTUK MENJADI AHLI KONGSI GELAP CINA SESEORANG ITU DIKEHENDAKI MENJALANI UPACARA ANGKAT SUMPAH MENGIKUT AMALAN KUMPULAN YG PERLU MENJALANI BEBERAPA FASA.
DI DLM UPACARA ANGKAT SUMPAH ITU SEBELUM DITERIMA MENJADI AHLI SESEORANG ITU PERLU MELAFASKAN SUMPAH TERMASUK SUMPAH MEYIMPAN RAHSIA. DAN AKIBAT SEKIRANYA BELOT.
DAN AKHIRNYA SEMBAHYANG KPD LIMA NENEK MOYANG.
SOALAN SAYA ADAKAH PERSAMAAN INI UNTUK MEMBOLEHKAN PERTUBUHAN MELAYU ITU DIKATOGARIKAN SEBAGAI KUMPULAN KONGSI GELAP ATAU GANGSTARISM ?
YG MENJADI ANCAMAN DARI SEGI KESELAMATAN,EKONOMI,BUDAYA DAN SOSIAL ADLAH KUMPULAN KONGSI GELAP CINA YG BERGERAK AKTIF. BUKAN PERTUBUHAN MELAYU. KENAPA PULA PERTUBUHAN MELAYU DIKAITKAN DGN KONGSI GELAP ATAU GANGSTARISM ? ADAKAH INI SATU LANGKAH UNTUK MENYATAKAN BAHAWA BUDAYA GANGSTARISM UJUD DLM MASYARAKAT MELAYU ? DAN BERKESUDAHAN DGN IMAGE DAN BUDAYA MELAYU TERCEMAR ? DAN APABILA BUDAYA BURUK INI DITERIMA SEBAGAI SATU AMALAN DLM BUDAYA MELAYU DAN AKAN TIMBULLAH PULA NANTI NAMA2 KETUA2 KUMPULAN INI. DAN DPTKAH KITA TERIMA JIKA SATU HARI NANTI NAMA2 SEPERTI DATUK BAHAMAN DAN MAT KILAU KALAU DIKATAKAN SEBAGAI KETUA KONGSI GELAP ? SEBAGAIMANA MAT INDRA DI ANGKAT SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN TULIN OLEH KUMPULAN YG BERKEPENTINGAN DEMI MEMUTAR BELITKAN FAKTA SEJARAH ?
Penulis buku ni memang naif atau memang otak liberal. Kenapa dia namakan pertubuhan rahsia sama dengan kongai gelap? Cina memang kongsi gelap sebab budaya, cara mereka hidup dan berjenayah, apa yg cina ini perjuangkan maka dinamakan kongsi gelap. Sangat berbeza dengan melayu yg berpertubuhan kerana budaya dan sebab bersama pertubuhan. Bimbang satu hari nanti ada profesor kangkong akan putar belit kata kongsi gelap asal dari org melayu.
ADAKAH DIA TIDAK FAHAM APA YG DIA TULIS TAPI BUAT2 FAHAM ?
SAYA MELIHAT INI SGT MERBAHAYA KPD SEJARAH TAMADUN BANGSA MELAYU DI MASA AKAN DTG. KERANA KITA TIDAK MEMPUNYAI SUMBER RUJUKAN YG BANYAK YG BOLEH DIGUNA PAKAI SEBAGAI RUJUKAN TENTANG SEJARAH DAN KEGIATAN KONGSI GELAP DI MALAYA.
SEJARAH KONGSI GELAP INI BERMULA DI SHAO LIN TAMPLE SEMASA ERA PEMERENTAHAN DINASTY MING DI NEGERI CINA BERTUJUAN UNTUK MENJATUHKAN DINASTY MING. DGN SEBAB ITU DINASTY MING MENGARAHKAN SHAO LIN TAMPLE ITU DIBAKAR. LIMA ORANG RAHIB YG LARI DARI SHAO LIN TAMPLE ITU TELAH MENUBUHKAN KUMPULAN MASING2. SEMBAHYANG KPD LIMA NENEK MOYANG ADALAH LIMA RAHIB TERSEBUT.
BOLEH KAH LIMA RAHIB TERSEBUT MENJADI NENEK MOYANG ORANG MELAYU ? DGN SEBAB ITU TIADA ORANG MELAYU YG BOLEH DITERIMA SEBAGAI GANGSTAR.
Penulis mengambil kira situasi pada zaman tersebut. Pihak british memanggil persatuan2 yang tidak berdaftar sebagai kongsi gelap. Sama juga dengan pahlawan dahulu seperti tok gajah, mat kilau, dol said dan lain2 mereka dikatakan sebagai pemberontak atau penjahat oleh pihak british. Bila kita berhujah pastikan fakta sejarah dan tahun tersebut.
Post a Comment