Bukan main lagi penulis Malaysian Insider,Hamri Ibrahim memetik kata-kata Ulama terkenal Mesir,Muhammad Abduh, iaitu “I went to the West and saw Islam, but no Muslims ; I got back to the East and saw Muslims,but no Islam.”
Tulisan Hamri disiarkan semula oleh blog Lim Kit Siang dan turut dipetik oleh beberapa pemimpin Cina DAP lain.Mereka memetik kata-kata ini bagi menggambarkan keburukan umat Islam sekali gus memperlekehkan kedudukan agama Islam di Malaysia.Mereka juga memetik kata-kata ini seolah-olah ingin ‘mengajar’ umat Islam tentang Islam seperti mereka lebih tahu apa itu Islam.Hakikatnya,jika mereka benar-benar tahu apa itu Islam,mereka tidak akan sekali-kali menjadikan pengisytiharan ‘Malaysia sebuah Negara Islam’ oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai satu isu besar.
Jika benar mereka memahami apa yang diperkatakan oleh Syeikh Muhammad Abduh maka mereka seharusnya faham bahawa negara Islam bukan terletak di atas kertas atau deklarasi tetapi cara pentadbirannya.Pada hari ini, ‘Negara Islam’ lebih bermaksud sebuah negara di mana majoriti rakyatnya beragama Islam.Malangnya,lebih dari itu, tidak semestinya sebuah negara Islam itu benar-benar mengamalkan Islam.Jika benar semua Negara Islam itu mengamalkan Islam sebenar maka tentulah tiada perang saudara,tiada kes buta huruf yang tinggi dan tiada penindasan terhadap wanita sepertimana yang berlaku di kebanyakan Negara Islam di Asia Barat dan Afrika.Jika kita mampu mengukur dan membandingkan antara semua negara Islam, maka tidak keterlaluan dikatakan bahawa Malaysia hampir menepati konsep sebuah negara Islam sebenar.
Ini berdasarkan sejarah zaman kegemilangan Islam di mana sebuah negara Islam itu merupakan negara yang aman makmur,adil dan maju.Sejarah Islam juga menunjukkan bahawa dalam negara Islam,wanita diberi peranan yang sama dengan lelaki dan tidak disisih atau dipinggirkan dalam pendidikan mahupun pekerjaan.Negara Islam di zaman itu juga tidak menindas agama lain dan diberi kebebasan kepada penganutnya untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing.
Tiada siapa mampu menafikan hakikat bahawa semua ciri-ciri ini terdapat di Malaysia iaitu aman, adil, maju, tidak menindas wanita dan bukan Islam.Hudud,bukanlah syarat negara Islam mahupun syarat untuk menjadi Muslim dan Malaysia tidak melaksanakan hudud.Sebaliknya Malaysia menggunakan undang-undang takzir selaras dengan ajaran Islam agar berlaku adil berdasarkan keadaan.Justeru,salahkah Datuk Jamil Khir mengisytiharkan bahawa negara ini sebuah Negara Islam ???
Entah kenapa penting sekali bagi sesetengah orang bukan Islam di Malaysia untuk memaksa kerajaan mengisytiharkan negara ini sebagai Negara Sekular dan bukan Negara Islam.
Pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam tidak menjejaskan hak penganut agama lain untuk mengamalkan apa agama sekali pun. Semua mereka bebas beribadah mengikut cara masing-masing, diberikan hak untuk membina rumah ibadah masing-masing, malah diberi cuti umum pula pada setiap perayaan agama masing-masing!
Namun,ini masih tidak cukup bagi mereka.Mereka inginkan lebih lagi.Soalnya,apakah yang mereka inginkan itu ??? Apa pentingnya Malaysia diisytihar sebagai Negara Sekular ???
Kesungguhan mereka mendesak kepada perkara ini membuktikan bahawa ada agenda dan niat yang tersirat dan jahat di kalangan sekumpulan bukan Islam di negara ini.Kelihatan begitu jelas kini bahawa mereka bukannya inginkan keadilan tetapi ingin menentang Islam itu sendiri.Mereka tidak senang jika Islam berada di tempat tertinggi dan inginkan Islam itu diletakkan sama rata atau bawah sedikit dari agama mereka.Apa yang mereka pura-pura terlepas pandang ialah, majoriti rakyat negara ini adalah beragama Islam, maka sudah menjadi hak semulajadi bagi setiap negara di dunia untuk mengiktiraf agama rasminya berdasarkan agama majoriti.Justeru,mereka tidak boleh memaksa kerajaan mengubah hakikat ini biar betapa benci pun mereka terhadap Islam dan inginkan agama mereka diletak di tempat tertinggi.Apa yang mereka boleh lakukan hanyalah meninggalkan negara ini dan menetap di negara lain di mana majoriti rakyatnya menganut agama yang sama dengan mereka.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
4 comments:
kalau Muhamad Tuh nampak Islam dan Muslim di Barat sudah tentu satu dunia kepingin jadi muslim.
soalnya kenapa Barat kekal sebagai Barat yang ada pada hari ini?
ini kerana agama Barat jauh lebih tua dari agama Timur.
orang tua lebih banyak makan garam dan gula; tetapi tidak bermakna lebih sihat...banyak yang dapat hipertensi dan kencing manis.
Barat jadi Barat adalah kerana agama yang dianuti. Kalaulah Barat masih meneruskan era kegelapan, ia tidak akan menikmati cahaya gemilang seperti mana hari ini.
Meskipun agama semakin ditolak dan di pesongkan namun masih ada semajoriti warga Barat yang akan terus berpegang pada agama.
Meskipun hanya tinggal 10% bahagian yang tidak dipesongkan, namun ia dikira cukup untuk mengekalkan kedudukan Barat di dunia (bukan dunia selepas ini) untuk satu jangka masa tertentu.
"orang tua lebih banyak makan garam dan gula; tetapi tidak bermakna lebih sihat...banyak yang dapat hipertensi dan kencing manis."
ianya adalah penyakit kronik yang pada awalnya tidak disedari oleh empunya badan (Barat) dan apabila disedari ianya sudah terlambat, dan akhirnya Barat kenalah telan pil buat selama-lamanya.
Yang paling kurang ajar bukan malaysial insider tetapi pihak kerajaan kerana takut nak mengajar jadi lah malaysial insider kurang ajar....Padan muka kerajaan dan Najib khasnya...
Post a Comment