Social Icons

Pages

Wednesday, August 20, 2014

EKSKLUSIF !!! TAKTIK TERBARU PENCURI UNTUK MENCURI BARANG BERHARGA DIDEDAHKAN !!!


Rakyat Malaysia sememangnya dikenali dengan sikap baik hati,peramah dan sentiasa berprasangka baik namun ia mampu memakan diri jika terlalu mudah mempercayai apa yang dilihat dan didengari.Terbaharu,Polis mengesan satu taktik pelaku jenayah yang menabur wang kertas di atas jalan raya bagi mengumpan mangsa keluar dari kenderaan sebelum bertindak melarikan barangan berharga seperti wang tunai dan beg tangan yang diletakkan dalam kenderaan dinaiki.Ikuti Modus Operandi (M.O) dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya. 

M.O 

1. Suspek terdiri daripada pasangan lelaki dan wanita 
2. Suspek wanita akan mengetuk cermin pintu di bahagian pemandu dan menunjukkan terdapat wang bertaburan di tayar bahagian belakang kenderaan 
3. Suspek lelaki akan keluar dari lokasi persembunyian dan meluru masuk ke dalam kereta untuk mengambil barang berharga semasa mangsa keluar melihat wang yang bertaburan. 

Nasihat 

1. Sekiranya anda diekori oleh mana-mana individu tidak dikenali jangan terus ke kenderaan.Alih perhatian suspek dengan menuju ke tempat yang selamat sehingga suspek hilang minat terhadap anda untuk dijadikan sasaran. 
2. Pastikan kawasan sekeliling berada dalam keadaan selamat sebelum menaiki kenderaan sekiranya anda bersendirian. 
3. Jangan meletakkan kenderaan anda di kawasan yang terpencil dan jauh pandangan awam untuk ke sesuatu tempat membuat sebarang urusan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

kalau kebetulan anda adalah mangsa, jari anda akan menuding ke mana?

1. PBT?

2. JPJ?

3. Rukun Tetangga?

4. Polis?

5. JMB?

6. JPM?

Anonymous said...

Anonymous said...
kalau kebetulan anda adalah mangsa, jari anda akan menuding ke mana?

-KAMI DAI KELAB GREEN BOC & Puak2 LGE akan memilih UMNO sebagai Puncanya.

 
 
Blogger Templates