Social Icons

Pages

Tuesday, September 02, 2014

KURANG AJAR !!! #VIKTORWONG MENGHINA #PDRM #PDRMSIA !!! TOLONG SUMBAT MASUK PENJARA !!!


Seorang dari dua pengguna twitter biadap,Viktor Wong menarik kembali kenyataan yang menghina dan mencemuh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Viktor melalui akaun twitternya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan PDRM.Dia yang menggunakan akaun (@wonghoicheng) sebelum ini menulis: “Bastardization of @PDRMsia.Thanks to the ruthless @KBAB51 Henrich Himmler of Malaysia.” (Celaka PDRM. Terima kasih kepada @KBAB51 yang kejam,Henrich Himmler Malaysia)” Ekoran kenyataan yang dikeluarkan itu,Khalid telah mengarahkan Police Cyber Investigation Response Centre (PCIRC) untuk mengambil tindakan dan menjalankan siasatan terhadap individu-individu yang mengeluarkan kenyataan menghina atau biadap terhadap PDRM melalui media sosial.


Khalid,memetik tweet biadap tersebut apabila membandingkan dirinya dengan komander Nazi Henrich Himmler (antara individu paling digeruni di bawah pemerintahan Nazi di Jerman).Manakala seorang lagi pengguna twitter bernama Nasrul Omar (@ennasrul) yang menuduh Khalid sebagai ‘anjing BN’ telah menutup akaun tersebut.PCIRC dalam satu kenyataan sebelum ini berkata akan mengambil tindakan dan menjalankan siasatan terhadap individu-individu yang mengeluarkan kenyataan menghina atau biadap terhadap PDRM melalui media sosial.Menurut PCIRC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi arahan penyiasatan itu diberikan oleh Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya dengan dua akaun twitter telah didedahkan untuk siasatan lanjut.


WALAUPUN VIKTOR WONG MINTA MAAF !!! 

PDRM TOLONG BERTINDAK TEGAS !!!

SUMBAT JERR MASUK PENJARA !!! 

BARU DIA TAHU ERTI UNDANG-UNDANG KAT MALAYSIA !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

7 comments:

Anonymous said...

Tangkap sama itu apek .

Anonymous said...

Ya.. ya
Lepas ni jgn ler guna alasan acct kena hack yer..

Anonymous said...

AMBIL TINDAKAN JANGAN CAKAP JE.....

Anonymous said...

penat je polis tangkap....sampai ke AG setahil....buang kes...

Anonymous said...

Tangkap juga melayu yang tak sedar diri ... perasan dah senang sangat kot ... meh duduk kat dalam tengok... takut punya pasal dah tutup account... Dorang ingat tutup account boleh sembunyi2 ker

Anonymous said...

PDRM CARI SAMPAI KE LUBANG CACING. AMEKKAW.

Anonymous said...

PULAU PINANG 2 Sept. - Pasukan
khas dari Bukit Aman akan
menyiasat tindakan seorang lelaki
yang memaki hamun Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan Ketua Polis
Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
menerusi laman sosial Twitter baru-
baru ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul
Rahim Hanafi berkata, lelaki
berkenaan difahamkan berasal dan
menetap di negeri ini dan pihaknya
akan memberi kerjasama kepada
pasukan khas itu untuk membantu
siasatan.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri
Khalid Abu Bakar menegaskan, polis
tidak akan menerima permohonan
maaf sebaliknya akan mengambil
tindakan tegas terhadap individu
yang menggunakan laman sosial
untuk menghentam PDRM.
Ketegasan itu dipercayai ada kaitan
dengan tindakan pemilik akaun
Twitter yang menggunakan nama
Viktor Wong (@wonghoicheng)
memuat naik status berbunyi:
"Bastardization of @PDRMsia. Thanks
to the ruthless @KBAB51 Henrich
Himmler of Malaysia." (Celaka PDRM.
Terima kasih kepada @KBAB51 yang
kejam, Henrich Himmler Malaysia).
Bagaimanapun, Viktor kemudian
menarik semula kenyataan itu dan
membuat permohonan maaf secara
terbuka kepada Khalid dan PDRM.
Dalam pada itu, seorang lagi
pengguna Twitter yang
menggunakan nama Nasrul Omar (@
ennasrul) turut memuat naik status
menuduh Khalid sebagai 'anjing BN'
namun dia dipercayai sudah
menutup akaun laman sosial
tersebut. - UTUSAN

 
 
Blogger Templates