Social Icons

Pages

Friday, October 31, 2014

#LIWATII !!! PEGUAM #ANWARIBRAHIM BUAT HAL LAGI ??? APA CERITA NI ??? TAKUT KERR ???


Rumusan perbicaraan kes liwat II Anwar Ibrahim yang berlangsung di Mahkamah Putrajaya hanyalah berkisar kepada semua kes itu adalah ‘Konspirasi’.Perkataan ‘konspirasi’ ini wujud selepas peguam bela yang mewakili Anwar gagal mengemukakan bukti dan hujah yang bernas terhadap kes sehingga mereka cenderung menyalahkan kerajaan yang kononnya mahu menggelapkan masa depan politik Anwar Ibrahim.Hanya kerana mangsa yang diliwat,Saiful Bukhari Azlan yang mengadakan pertemuan dengan beberapa orang,termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebelum insiden liwat maka peguam bela N. Surendran menyimpulkan kes liwat ini sebagai ‘konspirasi’

Beliau berkata pertemuan berlangsung antara 24 Jun, 2008,dua hari sebelum insiden dan 28 Jun 2008,apabila Mohd Saiful akhirnya membuat laporan polis.Surendran berkata Mohd Saiful telah mengaku semasa pemeriksaan balas bahawa dia telah bertemu dengan Najib, yang pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri,di kediaman Datuk Seri Najib dan pada 24 Jun 2008 dan bahawa pada hari yang sama,beliau juga telah bertemu pegawai khas Najib Khairil Anas Yusof di rumahnya (Khairil Anas). 

"Selepas itu beliau telah bertemu pegawai kanan polis Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof di Hotel Melia di Jalan Imbi pada 25 Jun. Mohd Saiful juga telah menghubungi Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Musa Hasan sebelum membuat laporan," kata Surendran. 

Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mohd Saiful juga pernah bertemu bapa saudaranya dikenali sebagai "Tuah" sebelum bertemu Senator Mohd Ezam Mohd Noor dan orang yang terakhir dia bertemu adalah bekas pelari pecut Datuk Mumtaz Begum Abdul Jaafar.Surendran menegaskan ia adalah kemungkinan bahawa insiden yang didakwa berlaku direka-reka Mohd Saiful dan orang-orang yang ditemui beliau antara 24 Jun hingga Jun 28. 

Beginilah ceteknya pemikiran peguam bela Anwar Ibrahim dalam usaha membebaskan ‘bos’nya itu daripada dikenakan hukuman penjara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates