As salam sdra...
Saya ada cerita hendak dikongsikan mengenai betapa 'prihatinnya' wakil rakyat pembangkang. Saya ni penduduk Blok B Pandan Lake View, Pandan Perdana yang terletak dalam kawasan Parlimen Pandan (PKR) dan DUN Teratai (DAP).
Baru-baru ni kisah penduduk Blok B ini disiarkan oleh Harian Metro, Utusan Kota dan Bernama mengenai keretakan yang teruk. (Sdra boleh google sebab ada blog yang pickup news ni) .
BOLEH BACA KISAH INI DI SINI
Saya antara penduduk terjejas.Perkara ini dah dibawa kepada Rafizi selaku MP Pandan.Dia menerusi pembantunya berjanji nak datang berjumpa dengan JMB Pandan Lake View pada 27 Okt lalu,tapi kemudian kensel.Tidak diberikan sebab,namun saya percaya ada kaitan dengan kes rayuan khalwat BIG BOS dia.
Kemudian dia janji nak datang pada 2 Nov. Haram tak jadi. Tangguh kepada 19 Nov... juga tak jadi kerana ada agenda lain.Agenda apa saya tak tahu.(Mungkin ada kaitan dengan Forum 1MDB tu kot?)
Yang saya tahu masalah retak rumah saya makin teruk.Bulan lepas masa reporters datang ke rumah saya, pintu bilik masih boleh ditutup,sekarang dah tak boleh, bermakna tanah semakin mendap.
Rafizi nak tunggu runtuh dulu ke baru nak datang?
MPAJ kata JMB Pandan Lake View perlukan sekurang-kurangnya RM20,000 nak panggil engineer untuk tentukan sama ada bangunan selamat atau tidak untuk didiami.
Difahamkan JMB tak ada duit sebanyak itu.JMB juga perlu duit yang ada untuk buat benda lain.
Kepada Adun Teratai, anda cuma bimbang pasal kucing sahaja ke?
Cepat anda bertindak,hantar orang suruhan bernama Firdaus mengamuk di MPAJ kerana tak ambil tindakan terhadap saya disebabkan saya rescue banyak kucing jalanan.
This one thanks to one old lady,bekas bendahari JMB Pandan Lake View yang turut mendakwa dia KETUA WANITA GERAKAN Pandan Perdana.Dia bawa isu kepada Adun Teratai,atas nama dua jiran saya yang komplen saya bela kucing banyak,bau busuk,KUCING BAWA DENGGI,bla-bla.Bila saya tanya jiran-jiran lain, mereka kata tak ada bau busuk.
Yang hairannya rumah dua penduduk ini juga mengalami keretakan teruk, tapi hal itu tidak disebut kepada Adun Teratai.Kenapa?
Kalau Ketua Wanita Gerakan Pandan Perdana itu benar-benar prihatin terhadap keselamatan penduduk Blok B,sudah pasti dia akan tunjuk kepada pembantu Adun Teratai yang datang ambil gambar rumah saya tu kan?
Tapi tidak,justeru saya percaya dia hanya berbuat demikian kerana dendam terhadap saya yang berani melawan dia.
Tapi tak mengapa sebab dia kenal ramai datuk dan tan sri.Antara yang sering disebut Ben Liew.Saya pula hanya orang biasa,tak kenal mana-mana VIP.
Saya juga nak tanya,pembantu Adun Teratai itu buta ke kerana tak nampak masalah retak pada bangunan dan juga renggang besar di antara foundation bangunan dan tanah semasa datang ambil gambar kucing-kucing saya?
Atau terlalu teruja dapat bantu dua penduduk? Kenapa tak datang tanya saya sendiri mengapa saya ada banyak kucing?
Sepatutnya wakil rakyat selesaikan masalah semua penduduk bukan seorang dua dan dengar cerita satu pihak.Kepada Rafizi dan Adun Teratai,teruslah bertangguh. Sibukkan diri anda dengan politik.
Esok kalau berulang peristiwa Highland Towers,puluhan nyawa terkorban, jangan salahkan orang lain. Anda sudah dimaklumkan.Untuk pengetahuan sdra blogger,blok tu banyak keluarga dengan anak kecil. Saya juga jemput sdra blogger datang tengok sendiri keadaan rumah kami.Saya tak mahu isu ini dipolitikkan,namun saya bimbang keselamatan saya.
Diterima dari email
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
RR ni penipu dan auta je lebih..
Post a Comment