Kegagalan Hadi menghadiri mesyuarat PR beberapa kali akhir akhir ini cukup merisaukan DAP dan PKR.Nurul Izzah Anwar senada dengan Lim Kit Siang yang menyebut usaha DAP dan PKR untuk merampas Puterajaya tidak akan berjaya tanpa kehadiran PAS.Walaupun PAS tidak pernah menyatakan bahawa mereka akan menarik diri dari PR,namun bagi orang politik isyarat dari Hadi cukup jelas untuk difahami.Manakala bagi golongan akar umbi PAS,mereka sudah lama kecewa dengan Pakatan Pembangkang walaupun pada awal awal penubuhan PR dulu orang PAS lah paling teruja dengan gabungan ini.
Mereka menyedari,PAS bukan setakat diperkudakan oleh DAP dan PKR namun mereka juga diperlembukan oleh Kepimpinan tertinggi PR khususnya Anwar dan LGE,yang dilihat punya agenda tersendiri walaupun didalam satu gabungan politik
Dimedia sosial.Orang PAS banyak mendiamkan diri pada waktu ini dan tidak lagi membela gabungan Pembangkang itu jika diserang oleh lawan mereka khususnya penyokong BN.Apa yg tinggal kini ialah beberapa individu dari PKR dan RBA dari parti DAP yang menyamar menjadi melayu dan Islam dengan posting postingnya yg bertaraf sampah,fitnah dan lucah.Walaupun begitu kemunculan penyokong PAS cukup disedari jika Pemimpin PAS dari golongan ulamak diserang di FB atau media sosial oleh mana mana individu.Sokongan Kepada golongan ulamak tidak terlalu banyak merosotnya,namun disesetengah negeri harapan PAS untuk mengekalkan kerusi yang dimenanginya ataupun harapan untuk berkuasa dinegeri negeri tersebut ( kecuali Kelantan ) dalam waktu terdekat ini amatlah sukar jika keluar dari gabungan Pembangkang itu.
Namun pada saya,walaupun terpaksa mengorbankan kekuatan parti.itulah satu satunya pilihan yang ada bagi PAS berbanding keadaan sekarang apabila PAS gagal menjadi parti paling dominan didalam gabungan pembangkan itu.
Bagi ahli PAS,Mereka melihat PAS sekadar menjadi tungangan pimpinan PKR dan DAP untuk meraih keuntungan sokongan politik.Sikap tidak jujur parti PKR khususnya sewaktu krisis MB Selangor dahulu yang mencuri dua YB dari parti itu cukup mengecewakan ahli PAS dan mendedahkan 'musang berbulu ayam' didalam parti itu yang dipanggil 'barua dan broker' oleh Presiden dan telah menghakis kepercayaan ahli PAS kepada rakan sekutunya itu.sedar lahh wahai orang melayu dan Islam,PR dah tak kuat dalam melayu.adakah ini yang akan mentadbir negara 1 hari nanti ??? sekiranya kalau cina ramai di kalangan pemimpin,adakah ini yang anda mahukan ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment