nak kata tak gi sekolah,gi sekolah tapi takkan tak tau apa itu komunis ??? meh saya ajar sikit sejarah komunis.
Setiausaha Agung PartiKominis Malaya Chin Peng,pemimpin yang bertanggung jawab keatas 18,000 nyawa terkorban zaman Darurat (1948-60), dimana 60% dari jumlah itumerupakan orang awam yang tidak berdosa dan bersenjata,telah menolak perdamaian walaupun ditawarkan secara terbuka.YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang mengetuai Parti Perikatan dan berjaya memenangi 51 dari 52 kerusi pilihanraya pertama Tanah Melayu 1955,diberikan mandat sebagai Ketua Menteri oleh warga Tanah Melayu untuk merundingkan Kemerdekaan dengan British.Sebelum bertolak untuk misi merundingkan Kemerdekaan tersebut dengan Whitehall,Tunku telah menawarkan PKM untuk berdamai dan kembali kepangkuan masyarakat,kerana pembebasan tanahair dari penjajah British hampir sampai ke penghujung.Maka‘Perundingan Baling’ diusahakan.Namun,Chin Peng menolak tawaran perdamaian dan kembali kepangkuan masyarakat itu.Peristiwa bersejarah Rundingan Baling 1955 diadakan selama dua hari pada 28 dan 29Disember 1955 bertempat di Baling English School atau nama barunya, SekolahRendah Kebangsaan Tunku Putra (SRKTP).Rundingan khas atau ‘Baling Talk 55′antara Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pemimpin Parti Komunis Malaya(PKM),Chin Peng itu antara usaha menuntut keamanan,menghentikan pertumpahan darah,kekejaman dan kezaliman ke atas rakyat.
Proses rundingan di daerah pedalaman Kedah itu juga boleh dianggap antara usaha terakhir kerajaan meyakinkan British bahawa anaktempatan layak memerintah negara sendiri dan bersedia menuntut kemerdekaan.Buktinya,beberapa hari hari selepas pertemuan bersejarah itu berlangsung,Tunku terusberangkat ke London meneruskan pula rundingan kemerdekaan dengan British.Namun,Rundingan Baling dikatakan gagal – puncanyacukup mudah,iaitu kerana sikap ego,degil serta keengganan Chin Peng menerimakeamanan,tidak sanggup menyerah diri dan memilih pertumpahan darah sebagaisaluran perjuangannya.Sepanjang rundingan,Chin Peng sudah memperlihatkansikap tidak percayakan sesiapa,sedangkan kerajaan bersusah payah menjayakanproses itu serta gencatan senjata bagi memastikan pertemuan berjalan lancartanpa sebarang masalah.Sedikit suntingan catatan Setiausaha Peribadi Tunku,Tan Sri Shafie Abdullah yang menyertai rundingan itu dan catatan wartawan,Harry Miller,memperlihatkan belang sebenar Chin Peng, tetapi maklumatberkenaan sebenarnya jarang dihebahkan. Catatan berbunyi :
“Pada petang 28 Disember 1955,masuklah Tunku bersama Encik David Marshall (Ketua Menteri Singapura), EncikHamid Jumat, Datuk (Sir) Tan Cheng Lock, Encik Yaacob Latiff, Encik Too JoonHing, Encik TH Tan dan Tuan Syed Jaafar Albar ke bilik rundingan. Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin dibawa masukke bilik rundingan melalui jalan belakang,iaitu dari rumah penginapan merekaoleh Encik John LH Davis (Pegawai Daerah Butterworth). Chin Peng dudukbertentangan dengan Tunku dan diapit Rashid dan Chin Tien.Sebaik saja duduk,Chin Peng terus memperlihatkan sikap curiga,memerhatikeadaan sekeliling seolah-olah tidak percaya jaminan keselamatan yangdijanjikan kerajaan. Chin Peng curiga melihat sesuatu yang dilekatkan padasiling bilik rundingan. Tunku menjelaskan,ia sebenarnya perakam suara untuk merekodkan butiranperbincangan dan meminta Chin Peng supaya yakin,bahkan membenarkan beliausendiri memeriksa alat itu jika tidak berpuas hati.Chin Peng bangun,diikuti Chen Tien lalu memeriksa bilik sebelah dansekeliling tempat rundingan.Selepas berpuas hati, barulah mereka kembalisemula ke kerusi rundingan.”
Sikap tidak percaya dan curiga itu berterusan hinggalah tamat rundingan hari pertama.Chin Peng dan rakannya disediakan sebuah bilik tidur di bangunanbersebelahan tempat rundingan. Asal bangunan itu adalah rumah guru dan kinidijadikan galeri pameran.Individu yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan buat pemimpin PKM ituialah Jaafar Ismail, 83,tukang kebun sekolah yang bertanggungjawab menyiapkankeperluan rundingan,Termasuk makanan dan minuman Chin Peng.Membahasakan dirinya sebagai Pak Lang,Jaafar berkata,Chin Peng turutcuriga dengan kemudahan yang disediakan di tempat penginapan dan langsung ‘tidak menikmati’ apa yang diterimanya.Saya diarahkan British supaya menyediakan bilik tidur, menyiapkan makanandan minuman mereka. Sebuah bilik kecil mempunyai dua katil, siap dengan mejakecil untuk meletak makanan.Tetap, sepanjang dua hari (rundingan), mereka langsung tak sentuh makanan.Langsung tak terusik, bila saya masuk selepas rundingan, keadaannya samaseperti asal. Ada yang kata, mereka takut makanan itu diracun,” katanya.
Ketika diberi amanat penting itu,Pak Lang yang berasal dari KampungSeberang Pekan,Baling,menyediakan roti,susu dan minuman yang semuanya diletakkan di dalam bekas tin bertutup. Anak jati Baling ini juga hairan bagaimana pemimpin PKM itu boleh bertahandua hari tanpa makan dan minum.Terdetik dalam hatinya,jika beginilah keadaannya,rundingan pasti gagal kerana Chin Peng langsung tidak percayakan sesiapa.Memang benar telahan itu kerana ketika rundingan tiba di penghujungnya padahari kedua,Chin Peng sekali lagi memperlihatkan keangkuhannya untuk meneruskanideologi komunis tetapi mahu memastikan kerajaan Tanah Melayu dan Singapuraberkuasa penuh mengawal urusan pertahanan negara. Chin Peng berjanji akan menghentikan peperangan serta merta jika syarat itu dipenuhi,lalu Tunku menjelaskan satu daripada sebab beliau ke England ialahuntuk mendapatkan kuasa mengawal sendiri keselamatan dalam negeri.Namun,Chin Peng menegaskan,meletak senjata bukan maksudnya menyerahsenjata kepada kerajaan, keputusan yang kononnya hanya akan diambil merekasekiranya PKM diakui dan kebebasan mereka tidak lagi disekat. Sikap angkuh itu ditamatkan dengan kata-kata Chin Peng: “Berdamai ertinyamenyerah diri. Menyerah diri ertinya satu penghinaan.
Kami tidak akan menyerahdiri tetapi akan berjuang sampai ke titisan darah terakhir”.Dengan tegas,Tunku membalas :
“Kalau saudara tidak mahu menyerah kalah, kamijuga tidak sanggup menerima saudara sekalian menjadi rakyat negeri ini. Kalaukeamanan hendak dicapai dalam negeri ini, salah satu pihak daripada kita mestimenyerah.Saya tidak sanggup membiarkan Malaya menjadi seperti Korea atau Vietnam.Saya sendiri tidak akan menyerah, sebab itu saudaralah yang mesti menyerahdiri,” katanya.
Rundingan berakhir begitu saja disebabkan sikap Chin Peng yang angkuh,sedangkan pada pandangan Tunku, tempoh sehari sudah memadai untuk menyelesaikanrundingan. Namun, Bapa Kemerdekaan ini sanggup memberi ruang dan peluang mendengarpenjelasan Chin Peng hingga ke hari kedua, tetapi proses itu tetap juga menemuijalan buntu. Hasil dari missi perundingan tersebut (walaupuntanpa penyertaan PKM), Ketua Menteri Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman Putraberjaya mencapai Kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yangberdaulat dan berperlembagaan pada 31 Ogos 1957. Walaupun penjajah British berjaya diusir keluarmelalui perundingan, Chin Peng yang menerajui PKM meneruskan peperangan dankezaliman keatas warga Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia selama32 tahun pasca Kemerdekaan. Warga Malaysia hari ini wajar menghayatipengorbanan dan keperitan begitu ramai orang untuk menentukan tanahair initidak jatuh ketangan seorang yang zalim seperti Chin Peng.Apa pun keadaan,dosa seorang yang ‘menyembelih warga tanahairsendiri’ tidak wajar diampunkan,walaupun dengan darah sekalipun

APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment