Social Icons

Pages

Friday, November 21, 2014

EKSKLUSIF !!! PENIPUAN SURAT #SYIAH KEPADA PM DS @NAJIBRAZAK DIDEDAHKAN !!!


Baru-baru ini kecoh dengan cerita bahawa Sambutan Hari Assyura Syiah diluluskan oleh pemerintah tertinggi negara.Sebelum kita mula menunding jari,adalah lebih baik kita memperhalusi isu berkenaan.

Pertama,surat yang dihantar secara jelas menyebutkan 'Pemakluman Mengadakan Majlis Sambutan Bagi Memperingati Hari Asyura Kesyahidan Imam Husain Di Karbala Pada 61 Hijrah',dan bukannya surat 'Permohonan Mengadakan Majlis Sambutan Bagi Memperingati Hari Asyura Kesyahidan Imam Husain Di Karbala Pada 61 Hijrah'.

Kedua,Majlis berkenaan dibuat di dalam kawasan pemerintahan Negeri Selangor Darul Ehsan.Maka bidang kuasa kawalan agama adalah dibawah kuasa kerajaan negeri.Namun dalam surat ini,penganjur tidak pula menghantar surat 'makluman' kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS.Dalam hal ini,kerajaan Persekutuan tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan hal ehwal agama Islam Negeri Selangor.Melainkan sekiranya majlis tersebut dilansungkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya ataupun Labuan, maka barulah ianya terletak dibawah kuasa Kerajaan Persekutuan dibawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.


Ketiga,Adapun surat yang dihantar kepada Jabatan Perdana Menteri,Polis Diraja Malaysia dan lain-lain,cop yang dikemukakan hanyalah 'standard operating prosedure' bagi setiap surat yang dihantar kepada Jabatan / Agensi kerajaan,bahawa surat mereka telah selamat sampai ke pejabat Jabatan / Agensi Kerajaan berkenaan. 

Keempat,Bagi dakwaan sesetengah pihak,yang menyatakan bahawa surat yang dipaparkan adalah surat 'kebenaran' untuk melaksanakan program anjuran Syiah tersebut,ianya adalah satu dakwaan yang tidak ada sandaran.Ini kerana dalam surat yang dikemukakan,yang dipaparkan hanyalah surat yang dihantar dari pihak pengajur kepada pihak kerajaan dan tidak ada surat balasan dengan letter head official dari Jabatan-Jabatan atau Agensi penguatkuasa yang membenarkan majlis tersebut dilansungkan. 

Kelima,perkataan 'diterima' atau 'received' tidak membawa maksud 'diluluskan' atau 'approved'

Keenam,memang hasrat Syiah adalah mewujudkan suasana tegang antara rakyat dengan pemerintah.Dan sekiranya kita dah mengamuk-gamuk tanpa memperhalusi isu ini,ianya secara tidak langsung memberikan kemenangan kepada Syiah dalam impian mereka merosakkan perpaduan diantara kita sesama sunni. - PM

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates