Social Icons

Pages

Saturday, December 27, 2014

#BANJIRBESAR !!! KENAPA PUAK #PAKATAN #PEMBANGKANG !!! INI JAWAPAN KENAPA #KERAJAAN TAK ISYTIHAR #DARURAT !!!


sebelum ini,rakyat malaysia terutama puak pembangkang asyik menyalahkan kenapa kerajaan tak istiharkan darurat kerana dah lebih 100 ribu mangsa dipindahkan.meh saya jawab sikit soalan puak pembangkang ni.Sebab yang paling utama ialah syarikat insurans akan lepas tangan dan tidak akan membayar segala kerosakan melibatkan bangunan,rumah dan kenderaan.Adakah rakyat sedar akan ini ??? Rakyat hanya nampak isytihar darurat hanya bermakna cuti utk mereka.Akibat perisytiharan sebenarnya hanya akan membebankan lagi rakyat dan ekonomi negeri dan negara.

Kerosakan kilang tak akan dibayar.kerugian barang dalam kedai tak akan dibayar.rumah yang masih diinauranskan tak akan dibayar.adakah ini yang rakyat mahukan ??? Bukankah ini akan menambahkan lagi derita rakyat selepas banjir ??? dari segi kerajaan ia hanya akan membabitkan penyaluran peruntukan terus tanpa melalui negeri seperti sekarang.Apa bezanya ??? Sekarang ni pun memang wang kerajaan Pusat yang banyak digunakan.Untuk makluman ini point yang kita dah tanya MKN kenapa mereka cuba elakkan isytihar darurat.implikasinya teruk utk rakyat.Ish ish ish prihatin PR pd rakyat dlm jangka masa panjang kan kan kan ??? itulah jawapan sebenar.ada faham tak puak pembangkang ??? tak faham lagi.itu saya bagi direct.ok saya bagi pulak point-point di bawah

Yang dok hentam kerajaan bab tak isytihar darurat ini ialah mereka yang tidak tahu pun apa benda darurat tu.Mereka hanya tahu kalau isytihar darurat,askar boleh masuk berbondong-bondong tolong orang yang terbabit banjir.Seolah-olah jika tentera dikerahkan lebih besar,semua orang dapat diselamatkan walau cuaca seteruk mana sekali pun.Mana-mana kerajaan demokrasi tidak akan isytihar darurat sebuah negeri kecuali keadaan amat memerlukan dan satu pentadbiran semi tentera boleh menyelesaikan masalah yang meruncing tersebut.Dalam hal ini mereka yang berada dalam pentadbiran negara,Majlis Keselamatan Negara,Polis Di Raja Malaysia dan Angakatan Tentera Malaysia lebih arif dan tahu keperluan tersebut.Jika Darurat tidak diisytiharkan bermakna mereka tahu operasi bencana alam sekitar ini tidak akan menjadi lebih baik jika disiytiharkan darurat pun. 

Askar Bukan Pasukan Penyelamat 

Sungguhpun kita mahu menyelamatkan semua orang dalam banjir ini,ATM tidak boleh mengerahkan sebahagian besar kekuatannya ke negeri-negeri terbabit kerana tugas mereka menjaga keselamatan negara.Kita juga kena faham sebahagian besar Askar dilatih membunuh orang dan mempertahankan negara. Hanya sebahagian kecil mereka dilatih sebagai pasukan penyelamat taktikal.Maknanya jika dikerahkan seluruh angkatan tentera pun mereka belum tentu mampu melakukan tugas menyelamat yang lebih baik seperti pasukan bomba,jabatan pertahanan awam dan Polis Di Raja Malaysia. 

Insurans 

Apabila isytihar darurat,Insurans tidak lagi akan membiayai apa-apa tuntutan pemegangnya biarpun mereka memiliki insurans untuk bencana alam.Jika mengisytihar darurat boleh menyelesaikan masalah banjir kerajaan akan isytiharkan.Malangnya ia tidak mengubah apa-apa,jadi mengapa kerajaan perlu isytihar darurat hanya akan menimbulkan masalah lain dan tidak menyelesaikan masalah sedia ada. 

PAS 

Apabila isytihar sesebuah negeri darurat,kerajaan sedia ada tidak lagi boleh berfungsi seperti sedia ada.Apakah penyokong Pas tidak akan menuduh BN cuba merampas pemerintahan negeri seperti Kelantan yang mengalami banjir sekarang ni ??? Selama ini mana-mana keperluan menyelamat menggunakan anggota tentera telah digunakan tanpa perlu isytihar darurat.Jika kita tidak faham pentadbiran dan operasi menyelamat elok berdoa dan mengucapkan kata-kata positif untuk pejuang penyelamat di tempat kejadian.itu lebih baik

SEKARANG ANDA DAH FAHAM ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Unknown said...

Majoriti mangsa banjir adalah orang kampung, boleh claim ke? cuba fikir, dan jika anda berada di pihak meraka, mana lebih utama, nyawa atau insurance.

Anonymous said...

Kalau Kerajaan Persekutuan ambe 90% daripada hasil Kerajaan Negri, dan Jawatan kuasa Bencana adalah di peringkat Pusat, dana sepatutnya datang dari Pusat. Ini kita kena mengemis pula , baik merdeka lah .
Yeh Admin Badut Bodoh mana org2 kampong ada insurans.

Anonymous said...

mcm bongok je jawapan korg,habis tu perniagaan,kereta,rumah dan mcm2 yg diinsurans kan tu apa pulak? kan ada insurans bencana dan sbgnya.kenapa korg ni? x fikir ke utk kebaikan mereka.jgnla jd bongok ye puak pakatan haram jadah

hangkedee said...

Susah berbeno melayan langau hijau pekat ni. Tolong susah tak Tolong lagi susah. Jadilah insan yg bersyukur...

Anonymous said...

Mana lebih penting, nyawa atau claim? kalau ada sedara atau ahli keluarga saudara yg terlibat, nak pilih selamatkan nyawa atau claim?
Orang kampung mana ada ambil insurans

Anonymous said...

Shaarani dan Anon 11.42, nampaknya fikiran ana bercelaru. Cuba berfikir di luar kotak pemikiran.

Adakah orang kampung tidak mempunyai kereta ? Adakah kereta mereka tidak dilindungi insuran? Atau adakah para peniaga, pengusaha chalet, hotel dan pengilang tidak terlibat dalam musibah ini ?

Hello kawan, semua sekolah, bangunan, hatta pelajar sekolah diinsurankan

Fikir positif. Nak bangkang pun, bangkang dengan otak, ok ?

Anonymous said...

Mana pm kebanggaan macai ni tak habis lagi ke main golf...

HAMIDIsP said...

Begitu terserlah kebodohan cacai-cacai pembangkang..

 
 
Blogger Templates