Social Icons

Pages

Wednesday, December 24, 2014

BREAKING NEWS !!! #KLIA2 #LIMKITSIANG MENGAMUK BILA FITNAH DIUNGKIT !!!



Lim Kit Siang ni,dia ingat,dia Penasihat Agung Seumur Hidup DAP,maka dia mempunyai akses yang sangat besar untuk berbuat apa-apa sahaja.Sedangkan orang lain pula perlu sentiasa patuh dan akur kepada segala kehendak serta kata-katanya.Dia tidak pernah salah.Yang salah cuma orang Melayu,anti Pakatan dan Kerajaan Umno-BN.Dia cuba menimbulkan polemik berhubung taraf KLIA2 yang dipandangnya hina dan lekeh.DAP dan PKR cuba menggambarkan bahawa KLIA2 yang sentiasa sesak,telah dibina untuk mengkayakan kroni,tidak berfaedah dan membuang wang rakyat dan para penyokonh mereka yang boleh disifatkan sebagai pemabuk air ketum,akan turut bertepuk tangan dan membenarkan apa-apa sahaja pembohongan oleh para pemimpin DAP dan PKR. 

Dalam Twitternya yang sangat menarik,Lim Kit Siang dengan penuh bangga memberitahu satu dunia yang KLIA2 telah dilanda banjir menyebabkan pesawat-pesawat yang sepatutnya mendarat di KLIA2 terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai,Johor.Maksud dan motifnya mudah,memalukan negara dan Menteri Pengangkutan,Liow Tiong Lai yang seringkali disifatkan oleh DAP sebagai penderhaka dan pengkhianat kaum Cina di Malaysia kerana masih bekerjasama dengan UMNO,MIC dan parti-parti berasaskan Bumiputera Sabah Sarawak dalam Barisan Nasional.Tan Keng Liang,salah seorang pemimpin utama kepimpinan Pemuda GERAKAN, segera menyergah Lim Kit Siang dan mendedahkan yang Kit Siang sedang menfitnah KLIA2 dan Liow Tiong Lai,Presiden MCA. 

Kit Siang pada mulanya cuba bertahan dengan fitnahnya namun semakin ramai yang menyertai Tan Keng Liang yang turut mendapat serangan menggila daripada RBA yang akan berbuat apa-apa sahaja demi mempertahankan Lim Kit Siang dan kepimpinan DAP.Akhirnya setelah tidak mampu lagi bertahan terutama selepas Tan Keng Liang memberi tempoh sampai jam 11:00 malam kelmarin untuk Kit Siang menarik balik posting bodohnya sebelum laporan polis dibuat,Kit Siang mengeluarkan satu lagi posting,memohon maaf kepada Liew Chin Tong,pemimpin DAP yang dipertanggungjawabkan untuk kerja-kerja publisiti dan penerangan.Alasan yang diberikan Kit Siang,dia telah mendapat maklumat yang tidak benar dari penumpang.

Pastinya ia mengingatkan kita bagaimana Kit Siang enggan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas tragedi 13 Mei 1969 sebaliknya menuding jari kepada konflik dalaman UMNO yang pada ketika Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mendapat kritikan hebat kerana gagal serta kurang serius menaikkan ekonomi negara dan masyarakat Melayu-Bumiputera selain kebergantungan kuat kepada England dan Amerika Syarikat.Setelah bertalu-talu kena giat dan dimarahi,akhirnya Kit Siang mengeluarkan kenyataan yang dilihat melepaskan geram kerana dia terkantoi... dia marahkan sesiapa sahaja yang menyebut tentang fitnahnya yang gagal itu. Bahkan dia melabelkan mereka sebagai MURAHAN.Yang fitnah murahan dia tu,dia tak sebut langsung.Kan perangai yang sama menurun kat Lim Guan Eng,kan ???

ANDA NAK LIHAT TWEET LIM KIT SIANG KENA BELASAH KAW-KAW ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates