Social Icons

Pages

Tuesday, December 16, 2014

FAKTA !!! ANTARA KERUSI,MEJA DAN PARKING DI KEDAI MAMAK !!! APA PERSAMAAN MEREKA ???


Aku masih ingat,di awal pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memegang jawatan Perdana Menteri.Apa yang dia kata ??? Selain menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah payung gagasan 1Malaysia,beliau cukup menitik beratkan soal peperangan terhadap gejala rasuah.Kebanyakan ucapan Najib terutamanya di hadapan agensi-agensi kerajaan waima penjawat awam adalah mengenai seriusnya pemerintahan dengan membanteras gejala rasuah yang ternyata mengakibatkan negara menuju kerosakan.Itu ucapan dan peringatan Najib setiap kali mulutnya mencium 'microphone' di hadapan hadirin.Seluruh negara dan setiap masa Najib menyebut soal memerangi rasuah. Namun ia hanya bermain-main di peringkat atasan pemerintahan Najib.Mungkin ia hanya berlegar sekitar Pejabat Perdana Menteri sahaja.Sedang agensi-agensi kerajaan termasuk pihak penguatkuasaan di bandar-bandar pula masih seronok dengan amalan rasuah.Ya,rakyat bukannya bodoh.Sekalipun tidak dilihat dengan 2 bebola mata,mereka juga mampu melihat daripada persekitaran berdasarkan logik akal pemikiran.

Ketika artikel ini ditulis,aku sedang berada di sebuah restoran terkenal dikalangan masyarakat bawah dan pertengahan,iaitu digelar sebagai kedai mamak.Sebagai pengundi dan menetap di Kuala Lumpur,kedai mamak adalah lokasi tumpuan termasuk dikalangan pelajar-pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi.Kebiasaan yang dapat kita lihat adalah lokasi sesebuah kedai mamak berada di sudut paling tepi atau corner lot.Wajar sekali kerana pengunjung lebih suka menjamu selera atau 'ngeteh' di kawasan terbuka sambil menikmati pemandangan lalulintas umpama di tepian pantai. Sukalah aku memberitahu bahawa artikel ini juga ditulis apabila aku melihat satu situasi melibatkan seorang lelaki sebelum melangkah masuk ke kedai mamak meminta pesanan. 

Lelaki berusia lewat 40an ini diperhatikan 'mundar-mandir' memandu kereta MPVnya dihadapan kedai mamak untuk mencari parkir.Setelah hampir 10 minit,kelihatan beliau sudah 'penat' untuk menghabiskan petrol keretanya.Lantas itu lelaki dengan berpakaian T Shirt kolar dan seluar jeans ini bertindak keluar daripada perut kenderaannya dan dengan muka 'slumber' beliau mengalihkan sebuah kerusi yang diletakkan di dalam petak parking.Kerusi plastik itu aku yakin dan percaya telah diletakkan oleh pekerja kedai mamak bertujuan untuk menghalang orang ramai seterusnya dapat digantikan dengan meja makan. 

Situasi tersebut telah membuka mata dan akalku,bahawa kita sebagai rakyat Malaysia yang sah berhak untuk mendapatkan hak kita.Dan apa hak pemilik restoran untuk meletakkan kerusi mereka di dalam petak parking ???

NAK TAHU APA YANG TERJADI ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates