Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Imigresen sudah membatalkan pasport antarabangsa Alvin Tan,blogger lucah yang melarikan diri ke Amerika Syarikat kerana takut dengan tindakan undang-undang.Selepas melarikan diri ke Amerika Syarikat,Alvin Tan dengan berlagak mengecam,mengutuk dan memaki hamun sesiapa sahaja yangg disukainya terutama sekali Ketua Polis Negara,pemimpin UMNO dan Sultan-Sultan Melayu.
Dari masa ke semasa pelbagai ugutan yang dibuat ke atas Alvin Tan,namun tidak ada satu pun yang benar-benar menakutkannya.Bahkan Alvin Tan terus mengejek dan mencabar pihak berkuasa di negara ini agar mengambil tindakan ke atasnya.Siapa yang berada di belakang Alvin Tan sehingga dia jadi begitu berani ???
Sampai hari ini,ramai yang masih menantikan tindakan selanjutnya dari Kementerian Dalam Negeri dan Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri.Alvin Tan sudah tentu akan berusaha sedaya mungkin untuk tidak balik ke Malaysia bagi berhadapan dengan tindakan undang-undang.kepada Datuk Seri Zahid Hamidi Serta Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar,tolong bertindak tegas dan jangan biarkan Alvin Tan memalukan Negara.ambil tindakan yang sewajarnya
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment