Social Icons

Pages

Thursday, December 18, 2014

KANTOI !!! BUKTI PEMIMPIN #PAKATAN #PEMBANGKANG NAK MENJAHANAMKAN #MAHASISWA #IPTA DIDEDAHKAN !!!


bukti pemimpin Pembangkang,khususnya PKR dan DAP didedahkan.mereka sebenarnya dalam misi menjahanamkan para pelajar universiti,khususnya melibatkan pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera.Mereka juga mendabik dada kononnya untuk mengajar tentang kebebasan berpolitik dan itulah sebabnya mereka yang paling kuat menentang AUKU sehingga AUKU dilupuskan oleh kerajaan yang terpedaya dengan taktik KESAMARATAAN dan KETERBUKAAN.Kalau diperhatikan betul-betul,sasaran pembangkang adalah para pelajar di IPTA-IPTA di seluruh negara.Lebih tepat lagi,mereka menjadikan IPT yang mempunyai jumlah pelajar Melayu-Bumiputera teramai dan yang sangat pasti,mereka tidak akan sama sekali mengacau mana-mana IPT yang dikuasai oleh pelajar-pelajar bukan Melayu dengan agenda politik.

Justeru,kelihatan sangat jelas niat sebenar pembangkang yang tidak mahu para pelajar Melayu-Bumiputera terlibat dalam kecemerlangan akademik.Semakin kurang cemerlang akademik para pelajar Melayu,maka semakin mudahlah Pembangkang,khususnya DAP untuk mencapai matlamat menguasai negara ini.Kerana itulah kita dapat melihat kesungguhan dan betapa beriltizamnya Pembangkang untuk menjahanamkan Melayu-Bumiputera terutama yang berada di bangku pengajian.Matlamat mereka mudah,perkenalkan isu sensasi dan kaitkan dengan perjuangan.Lebih menarik lagi, katakan dan dogmakan bahawa usaha mereka itu adalah untuk membela rakyat.Jiwa Melayu-Bumiputera adalah PERJUANGAN.Melayu-Bumiputera telah lama berjuang di negara ini.Semenjak kali pertama negara ini diserang oleh penakluk-penakluk dari India pada zaman purba,penakluk dari Portugal,Siam,Belanda,Inggeris,Jepun,Sepanyol dan Amerika Syarikat,Melayu-Bumiputera terus mempertahankan tanah ini dengan darah dan keringat mereka.Perjuangan sudah lama berada dalam hati dan perasaan Melayu-Bumiputera.


Justeru,atas nama perjuangan dan demi semangat perjuangan itulah,Pembangkang mempergunakannya dengan sebaik-baik mungkin terhadap generasi muda Melayu-Bumiputera.Ini adalah kerana para psikologis Pembangkang sedar,dengan umpan politik dan perjuangan,generasi muda Melayu-Bumiputera sama seperti datuk nenek moyang mereka,sanggup meninggalkan segala kesenangan dan kemewahan dengan doktrin perjuangan.Biar bodoh,biar bangang,biar ketinggalan,generasi muda Melayu,mudah untuk menyalahkan pihak lain bagi kekurangan mereka walaupun hakikatnya yang ditipu adalah mereka,yang tertipu adalah mereka dan yang menyediakan diri untuk ditipu juga adalah mereka.Perhatikan wajah-wajah pemimpin Pembangkang yang cuba menambahkan lagi sokongan dari kalangan pelajar-pelajar Universiti Malaya kepada mereka dengan melanggar UM dan cubaan menyerahkan memorandum serta tekanan agar tindakan ke atas UM8 dibatalkan.Sekalipun sedar bahawa setiap IPTA mempunyai autonomi mereka sendiri dan pihak berkuasa sendiri tidak dapat campurtangan,tetapi pemimpin Pembangkang tidak peduli itu semua kerana mereka sudah menyediakan jawapan khusus iaitu, SEMUANYA SALAH UMNO

Keengganan pihak pentadbiran UM yang diketahui ramai daripada mereka menyokong pembangkang menerima memorandum tersebut,pasti akan digunakan oleh para pemimpin Pembangkang untuk menyalahkan UMNO.Pengurusan dan pentadbiran UM pro-Pembangkang yang tidak mahu menerima memorandum tersebut,akan dikatakan telah ditekan oleh UMNO dan para pelajar Melayu-Bumiputera yang tidak cerdik itu pun segera menyalahkan UMNO-BN tanpa mereka dapat menghubungkan sel-sel otak mereka mencari helah dan perdaya sebenar Pembangkang yang menyokong kemunduran akademik mereka.sedarlah wahai semua mahasiswa di Malaysia.universiti adalash tempat untuk membawa bekalan di masa akan datang.jangan cemarkan hidup anda dengan membuat perkara yang tidak sepatutnya.belajar lahh dan terus belajar demi mencapai apa yang dicita-citakan.anda lihat di universiti,siapa yang lebih pintar ??? siapa yang lebih cemerlang ??? saya bukan nak rasis dalam isu ini tetapi kini dah terbukti,yang buat huru hara adalah Mahasiswa Melayu-Bumiputera.ada anda nampak kaum lain ??? di mana kaum lain kalau tidak untuk belajar.

Apakah harapan ibu bapa anda semua ??? Harapan ibu bapa adalah keinginan diri ibu bapa supaya anak-anaknya menjadi manusia yang soleh,taat dan berjaya di dunia mahupun akhirat.Setiap ibu bapa pasti menginginkan hanya yang terbaik terhadap anaknya.Kita sebagai anak jangan hampakan harapan kedua ibu bapa.Perkara yang terindah adalah apabila anda melihat ibu bapa tersenyum menangis kerana kejayaan yang telah anda kecapi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates