Social Icons

Pages

Friday, December 05, 2014

TU DIA !!! PUAK #PAKATAN #PEMBANGKANG BUAT LAWAK BANGANG !!! APA KENA MENGENA DENGAN #UMNO ???


tu dia !!! apa cerita ni ??? 1 gambar telah dimuat naik di mana berita yang membabitkan seorang penjawat awam menggunakan kenderaan rasmi Jabatan Kastam Diraja menyeludup rokok dan ditahan oleh Kastam Brunei.sememangnya amat memalukan Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia khususnya.Menariknya,ada golongan penyokong PR yang tidak cukup sifat,tidak cukup akal dan telah digelapkan hati serta mata mereka,menyalahkan UMNO kerana perbuatan durjana penjawat awam yang tidak bertanggungjawab itu.UMNO dan para pemimpin negara telah lama dipalitkan dengan tuduhan rasuah. 

Bagaimanapun,sehingga kini mana-mana pihak yang sanggup bertegang leher,bahkan memutuskan silaturrahim kerana bertegas menuduh UMNO dan Kerajaan sebagai pengamal rasuah,langsung tidak menunjukkan bukti atau paling tidak pun membuat laporan polis dan membawa kes ke mahkamah bagi setiap tuduhan rasuah yang mereka lakukan.Sebaliknya mereka sekadar menuduh kosong dan beranggapan tuduhan mereka itu sudah cukup untuk membuktikan segala-galanya.Sebaliknya,rasuah dan penyalahgunaan kuasa mahupun penyalahgunaan harta kerajaan melibatkan penjawat awam banyak didedahkan dengan sebahagian daripada mereka bukan sahaja ditahan,bahkan telah didakwa dan dijatuhi hukuman berdasarkan undang-undang negara. 

Ada pula jenis ketegar yang menyatakan,penjawat awam itu adalah Kerajaan !!! Memang benar,penjawat awam adalah kakitangan kerajaan bagaimanapun sepertimana yang diperkatakan oleh para pemimpin dan penyokong PR sendiri,penjawat awam atau kakitangan kerajaan tidak semestinya mereka itu menyokong kerajaan,bahkan sebahagian besar daripada mereka bertindak sebagai penentang kerajaan dengan alasan,wang gaji dan upah yang mereka terima adalah wang rakyat,bukannya wang UMNO.Berapa ramai kakitangan awam yang menyokong PR dan bertindak sebagai duri dalam daging ??? Berapa ramai pula penjawat awam yang bertindak sebagai agen,menyalurkan maklumat-maklumat rahsia kerajaan yang kemudiannya diputarbelitkan oleh pihak PR,sehinggakan dokumen membabitkan Bajet Tahunan pun,terpaksa dibuat dummy memandangkan wujudnya hantu-hantu PR,khususnya PKR dalam Kementerian Kewangan ??? Berapa ramai pula guru-guru yang lebih banyak berpolitik,mengajarkan anak-anak murid mereka dengan politik kepartian,kemudian menjadi calon pilihanraya parti pembangkang dalam setiap pilihanraya ??? dan berapa ramai pula penjawat awam yang terbabit dalam rasuah dan salahguna kuasa sehinggakan dibuang kerja,diturunkan pangkat malah pangkat yang disandang sebelum itu pun tidak dibenarkan guna, kemudiannya bertukar menjadi penyokong atau calon PR tegar sebagaimana membabitkan beberapa orang bekas pegawai tinggi ATM yang terlibat dalam skandal dan penyelewengan logistik, mencuri enjin jet dan sebagainya. 

Salah seorang daripada mereka sekarang ini merupakan Ahli Parlimen yang paling senyap,paling tidak mampu bersuara dan paling banyak memonteng sesi sidang.Sungguh BANGANG apabila penyokong PR sengaja membutakan mata dan cuba membela penyokong mereka di kalangan penjawat awam yang melakukan salahguna kuasa dan rasuah selain penyelewengan sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara saban tahun dengan menyalahkan Kerajaan Malaysia dan TERLEBIH-LEBIH BANGANG lagi apabila mereka menyalahkan UMNO yang tidak kena-mengena.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates