Ini bukanlah masa untuk buat lawak.Ramai yang sedang duka lara berserabut menanggung segala macam kemusnahan akibat bencana banjir lebih-lebih lagi di Kelantan.Rasanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pun tiada niat nak geletek perasaan sesiapa.Cuma mungkin Ketua Umum PKR ini sudah mati akal nak cari alasan yang lebih baik.Ramai yang geli hati.Dengar kata ada yang tertawa berguling-guling mendengar alasan beliau mengapa 'hilang' ketika semua orang tengah kalut bergelumang dengan banjir.Tepat 1 Januari,2015.Banjir di Kelantan sudah makin surut.Datuk Seri Anwar Ibrahim lenggang kangkong mendarat di Lapangan Terbang Ismail Petra,Kota Bharu.Alasan yang diberi tidak dapat pulang segera dari bercuti di luar negara kerana tidak dapat tukar tiket yang sudah ditempah awal.
“Saya minta maaf sekiranya saya lewat.Saya tidak dapat balik segera kerana tidak ada penerbangan dan saya tidak dapat tukar tiket yang saya tempah".Itu alasannya seperti yang dipetik oleh akhbar Sinar Harian.Alamak,Anwar boleh bagi alasan kelas Maharaja Lawak Mega.Senang saja nak 'cuci mangkok'.Jangan terkejut kalau budak-budak PKR-PAS-DAP tidak merasa bodoh mendengar alasan itu kerana mereka sentiasa sedia menelan apa saja kata Sivaji The Boss ini tanpa banyak soal.Bodoh kalau mereka tidak tahu Anwar ialah seorang frequent flyer.Dalam bahasa mudah boleh kata beliau 'seminit sekejap' terbang keluar negara sejak dulu dan kini.Kali ini kalau nak tahu berapa lama Anwar membawa diri bercuti ke luar negara lihat pada jawapan selanjutnya yang diberikan oleh tuan tubuh sendiri.Kata Anwar gambar dia sedang naik basikal di luar negara dengan keluarga yang banyak dipakai di media sosial untuk hentam 'kehilangannya' sebenarnya gambar sebelum bencana banjir bermula.Jadi kalau mengambil kira dari jarak waktu sebelum banjir hingga sekarang menang agak lama beliau di luar negara kali ini.Malah sewaktu banjir melanda Kajang baru-baru ini sebelum Pantai Timur lagi Anwar dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail selaku wakil rakyat Kajang sudah berada di luar negara.Jangan lupa Wan Azizah tidak pun berkejar pulang untuk jenguk rakyat yang diwakilinya di Kajang waktu itu.Di mana Anwar dan keluarga bercuti panjang kali ini.Ikut ceritanya di New Zealand.
New Zealand bukan Timbaktu atau mana tempat di ceruk dunia yang cuma seminggu sekali atau sebulan sekali ada penerbangan keluar masuk.
Cuba check tengok berapa banyak syarikat penerbangan yang membuat penerbangan hari-hari ke New Zealand.Apakah Anwar nak bagi alasan beliau tidak cukup duit nak beli tiket baru untuk balik segera ke Malaysia ?
Mungkin semua peserta Maha Raja Lawak Mega boleh pengsan tak tahan ketawa mendengarnya kalau itu alasan yang diberi.Apapun tak baik kita nak tuduh Anwar tidak sensitif pada penderitaan orang yang menghadapi musibah.Namun sebagai orang politik...itu sendiri mahu ingat.Bila kalah pilihanraya umum ke 13 Anwar dan rakan-rakan memekak satu dunia dakwa pakatan pembangkang 'tetap menang' kerana 52 peratus rakyat undi mereka.Tapi bila bila tak balik segera dari bercuti ketika sebuah negeri pembangkang teruk dilanda bencana alasan tak dapat tukar tiket kapal terbang yang diberi.Itu menang alasan sempena tahun baru paling lawak. - AD
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment