Social Icons

Pages

Tuesday, January 06, 2015

BREAKING NEWS !!! GENDANG PERPADUAN #UMNO-#PAS SEMAKIN BERGEMA DI KELANTAN !!! ITU YANG RAKYAT MAHUKAN !!!


Politik baru atau politik selepas banjir nampaknya kini menjadi topik perbincangan hangat di Kelantan.Rata-rata rakyat Kelantan yang melihat kemusnahan besar rumah,daerah dan negeri mereka mahu kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat berkerjasama untuk membangun semula.Sehingga timbul gesaan yang dibuat oleh pihak berkecuali supaya UMNO dan PAS membentuk kerajaan campuran di negeri Cek Siti Wan Kembang itu.Perkara tersebut pertama kali diangkat oleh tokoh korporat anak Kelantan Datuk Hussamuddin Yaakob,pemilik empayar perniagaan Karangkraf.Menurut beliau kerajaan campuran penting supaya UMNO dan PAS menolong tanpa ada rasa nak 'berebut menang pilihanraya'.Pandangan jauh beliau telah menimbulkan polemik dalam masyakarat selepas akhbar miliknya Sinar Harian memainkan isu tersebut berhari-hari.Cadangan Hussamuddin turut disambut oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki. 

Ketua pasukan pemikir PAS itu menyarankan kedua-dua parti UMNO dan PAS mengambil langkah berani mengetepikan perbezaan politik bagi membentuk satu jawatankuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan bagi merancang pembangunan semula negeri itu selepas bencana banjir.Katanya,jawatankuasa itu boleh dipengerusikan secara bersama oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib atau mana-mana menteri kanan dengan Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob.


“Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak semestinya melibatkan penggabungan antara UMNO dengan PAS,seperti yang dibimbangi oleh sesetengah pihak dalam kedua-dua parti itu sendiri.Kewujudan dua entiti parti politik berbeza yang mewakili orang Melayu iaitu UMNO dan Pas sememangnya sukar untuk digabungkan ketika ini,tetapi perbezaan itu tidak sewajarnya menjadi halangan kepada Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO dan kerajaan negeri oleh PAS untuk duduk bersama-sama merancang pembangunan semula Kelantan selepas bencana banjir baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad lepas. 

Jelas beliau,Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan perlu mengambil langkah berani dan berjiwa besar dengan mengetepikan perbezaan politik demi kebajikan seluruh rakyat Kelantan.“Sekiranya ikhtiar ini berjaya diusahakan,tidak mustahil negeri dan rakyat Kelantan bangkit semula dengan lebih hebat selepas bencana banjir kali ini,sebagaimana kebangkitan rakyat Jepun selepas Perang Dunia Kedua dan penduduk Acheh yang dilanda tsunami besar 10 tahun lalu,”ujarnya.Tambahnya,kerjasama untuk kepentingan rakyat itu bukan sahaja sesuai dengan semangat persekutuan, malah dituntut dalam ajaran Islam sebagaimana firman Allah SWT pada ayat kedua surah al-Maidah : 

‘Bertolong-tolonglah kamu pada perkara kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan’. “Hari ini semua pihak bercakap tentang politik baharu, maka ketika rakyat sangat mendambakan kerasionalan pimpinan politik dan situasi selepas bencana banjir ini benar-benar menuntut mereka merealisasikan wajah politik tersebut,” katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates