Social Icons

Pages

Tuesday, January 13, 2015

EKSKLUSIF !!! 18 FAKTA BERKENAAN PARTI #PAS YANG #RAKYAT TAK TAHU DIDEDAHKAN !!!


di bawah adalah 18 fakta yang rakyat tak tahu pasal PAS.lepas ni kalau pembaca Badut Rakyat dan rakyat tahu mesti rakyat suka atau sebaliknya.jom lihat di bawah

1 - Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhammad bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN.Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan PAS (ketika itu).Malah,sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.

2 - Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS untuk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda.Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana beliau adalah tokoh PAS yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3 - Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) untuk menolak Datuk Mohd Asri dan Datuk Muhammad Nasir,hanya kerana selepas PRU 1973,PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4 - Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan PAS di Kelantan.Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tidak berpuashati dengan perpaduan PAS-UMNO.

5 - Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar,Datuk Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6 - Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

7 - Krisis Kepimpinan PAS Kelantan 1977 ini yang membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh PAS Kelantan,atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh PAS Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga PAS.

8 - Tumbangnya Datuk Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS,telah menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu.Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9 - Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977,selaku Perdana Menteri ketika itu,belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat,yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan menggekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.

10 - Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11 - Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri PAS yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri dan ianya diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri PAS sendiri.

12 - Setelah Kelantan dibawah Darurat,Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan PAS terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan PAS-BN.

13 - Hasil dari desakan itu,Haji Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung PAS dijadikan 'kambing hitam PAS' apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri PAS yang menyokong rang undang-undang Darurat.

14 - Malah beberapa pimpinan PAS yang menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO,menentang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.

15 - Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN,hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini,telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan PAS-UMNO.

16 - Rentetan dari itu juga menyebabkan 'Krisis dalaman PAS' yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti BERJASA dan HAMIM.

17 - Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO,telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18 - Pada PRK Mac 1978,rakyat menjadi gempar setelah pekong yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan PAS diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar,apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Dengan apa yang dihuraikan diatas,maka terserlahlah apa yang diceritakan selama ini bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) 'angkat kaki' dari kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 dahulu disebabkan oleh 'sifat kejam' dan 'tikam belakang' kerajaan terhadap PAS pada masa itu adalah pembohongan semata-mata.Kerana itulah jika kita lihat apabila ada sahaja usaha untuk mewujudkan perpaduan dan kesatuan antara parti politik UMNO dan BN bersama PAS tidak lama dulu,akan ada suara sumbang daripada juak PAS mendendangkan lagu dan ceritera dongeng yang sama,bahawa kerajaan BN telah 'menganaktirikan' PAS suatu ketika dulu. 

Impaknya,rakyat marhain yang tidak berusaha untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam dan mengorek cerita sebenar akan menelan bulat-bulat cerita dongeng juak PAS ini.Hakikatnya,perkara yang berlaku adalah sebaliknya.Kerajaan BN tidaklah bersifat kejam sebagaimana yang disandiwarakan oleh pihak PAS sekarang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates