Social Icons

Pages

Tuesday, January 13, 2015

#BANJRBESAR !!! KURANG AJAR !!! APA MASALAH #MROSLIBP NI ??? KALAU TAK BANTU TOLONG SENYAP !!!


1 Komen di page FB Gabungan Anak Terengganu (GATE) adalah tidak patut,kerana apa yang telah di lakukan oleh Y.A.B Menteri Besar Terengganu adalah bertepatan dan berkebajikan untuk rakyat,Kelantan adalah jiran kepada Terengganu dan ibarat cubit peha kanan peha kiri turut terasa.kenapa nak pertikai Kerajaan Negeri Terengganu ??? Jika kebajikan dan kebaikan untuk rakyat ini juga ingin di jadikan politik ini menunjukkan penyokong PR tidak telus perjuangan untuk rakyat tetapi hanya untuk survival politik sahaja.Skuad Sukarelawan TTB Terengganu ini bermula gerak kerja pembersihan di Kemaman dan juga telah di lancarkan oleh Datuk Ahmad Razif bin Abd Rahman,Menteri Besar Terengganu di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok 2,kemaman.Sebelum di lancarkan Skuad Sukarelawan TTB ini ke Kelantan,Terengganu sudah terlebih dahulu di selesaikan proses pembersihan oleh Skuad Sukarelawan TTB ini dengan keanggotaan permulaan 500 anggota dan kini mencecah 1500 anggota yang di lancarkan oleh MB pada hari khamis lepas ke Kelantan dengan pelbagai kelengkapan jentera berat untuk sama-sama membantu misi pasca banjir di Kelantan. 

Malahan Pengurusan banjir daerah Kemaman mencapai tahap piawaian emas iaitu satu tahap yang tinggi dan boleh menjadi model kepada negeri lain dan ini telah di iktiraf sendiri oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib semasa lawatan beliau ke pusat-pusat pemindahan di Kemaman.Jika di lihat pula bantuan yang diberikan kepada rakyat Kelantan Terengganu telah menyumbang bakti dan jasa yang amat besar kepada kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan terutama di kawasan pendalaman di Dabong dan Machang.Belum lagi tindakan di ambil oleh pihak lain,kerajaan negeri Terengganu telah membina 21 buah rumah transit berserta dapur dan tandas di Dabong bagi mangsa-mangsa banjir yang kehilangan rumah,sedangkan kerajaan PAS negeri Kelantan pun masih tercengang berpeluk tubuh sehingga lah pertemuan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan MB Kelantan.barulah ada penyelesaian iaitu bergabung untuk membantu mangsa banjir.saya nak sambung balik pasal apa yang Kerajaan Terengganu berikan kepada rakyat kelantan.selain itu,Seramai 3500 keluarga mangsa banjir di Parlimen Machang dan Dun Dabong menerima sumbangan dari kerajaan negeri Terengganu yang merangkumi 1 set keperluan harian seperti tikar,toto,selimut,sejadah,kain sembahyang dan kain pelekat,dapur dan lain-lain keperluan bagi meringankan beban mereka. 

1000 pelajar di SK Dabong mendapat pakaian sekolah,lapan Sekolah di Kelantan dan sebuah pusat kesihatan yang teruk di selami banjir telah dibersihkan oleh Skuad Sukarelawan TTB di Kelantan, di atas dasar keprihatinan dan perikemanusian MB Terengganu, Skuad Sukarelawan TTB ini juga telah di luluskan oleh MB untuk terus berkhidmat dan berbakti selama sebulan di Kelantan sehingga kerja-kerja pembersihan selesai dan banyak lagi jasa-jasa yang ditaburkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi membantu Kelantan,adakah ini masih lagi di katakana pembaziran ??? Bukankah ini yang di idam-idamkan PR terutama PAS iaitu sebuah Negara Berkebajikan untuk rakyat,jangan kerana taksub politik hilang perikemanusiaan.bukan nak ungkit tetapi tak perlu nak politikkan isu banjir yang melanda dalam negara kita

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Tolong pun salah? Guane mungggg

 
 
Blogger Templates