Social Icons

Pages

Wednesday, January 14, 2015

EKSKLUSIF !!! RAHSIA SEBENAR SIAPA #ERICPAULSEN DIDEDAHKAN !!!


nama Eric Paulsen mula disebut sejak beberapa hari lalu susulan kenyataannya yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme atau fahaman pelampau pada setiap Jumaat.Siapa beliau ??? Beliau adalah seorang peguam,yang juga pengarah eksekutif dan pengasas bersama pertubuhan bukan kerajaan,Lawyers for Liberty (LFL).Paulsen dilihat kerap bercakap mengenai pelbagai perkara mengenai Islam di akaun Twitternya,terutama mengenai hukum hudud.Antara status terkini di Twitter beliau mengenai Islam ialah : 

1) "Golongan ulama adalah seperti raja/Tuhan,tidak boleh dikritik."- 6 Januari 2015 
2) "Hmm apabila agamawan palsu samakan doa dengan cara dapat kontrak besar kroni.Syirik besar ini." - 31 Disember 2014 
3) "Lagi agamawan menjaja agama" (merujuk kepada Malam Cinta Rasul 2015 di Dataran Merdeka) - 29 Disember 2014 
4) "Ada majlis di tempat terbuka (dan) nampak nak hujan.Jadi penganjur doa agar tak hujan.Tak lama pun hujan.Jadi penganjur kata rahmat Tuhan.Kisah benar." - 27 Disember 2014 
5) "Cara Pas Kelantan cakap macam tak ada benda lain dalam dunia/akhirat kecuali hudud.Isu-isu kebajikan,ekonomi,sosial dan keselamatan masyarakat?" - 24 Disember 2014 
6) "Taliban menggila.Inilah akibatnya bila terlalu taksub dengan hukum (dan) haram tanpa tahu nilai agama, keadilan, belas kasihan (dan) penyayang." - 17 Disember 2014 
7) "Tak faham obsesi Pas dengan hudud.Ia tak berperlembagaan,zalim (dan) tak sesuai dengan zaman moden." - 14 Disember 2014


apa itu LFL ??? cerita pasal LFL yang diasaskan beliau pula adalah pertubuhan hak asasi manusia dan undang-undang yang bermatlamat mencabar keputusan dan tindakan tidak berperlembagaan yang dilakukan kerajaan dan pihak berkuasa lain.Berdasarkan laman web National Endowment for Democracy (NED), LFL mendapat dana sebanyak AS$45,000 (RM160,000) setiap tahun dari 2011 hingga 2013.NED adalah sebuah yayasan bukan berasaskan keuntungan bermatlamat mengembangkan dan mengukuhkan institusi demokrasi di seluruh dunia.Mendapat dana daripada Kongres AS,NED menyokong lebih 1, 000 projek kumpulan bukan kerajaan di lebih 90 negara. Menurut laman web NED,sejak penubuhannya pada 1983,NED mengetuai perjuangan demokrasi di dunia dan kedudukannya sebagai badan bukan kerajaan memberikan yayasan itu fleksibiliti untuk bertindak segera apabila ada peluang perubahan politik di mana-mana negara.NED juga menjadi penyumbang Dana utama utk anwar Dan BERSIH bgi menjalankan aktiviti perhimpunan haram.cukup setakat ini artikel saya.saya harap anda faham sapa eric paulsen dan LFL.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates