Social Icons

Pages

Wednesday, January 14, 2015

FAKTA !!! ADAKAH ANDA BENAR-BENAR FAHAM KES #MEJARZAIDI #TUDM ??? KENAPA NAK TEMBAK BUKAN-BUKAN ???


Umum telah mengetahui bahawa Mej Zaidi Ahmad TUDM telah diberhentikan dari perkhidmatan kerana didapati bersalah melanggar 2 Perintah tetap pengkalan Udara Butetrworth dengan : 

1. MELAKUKAN KENYATAAN MEDIA TANPA MENDAPAT KEIZINAN 
2. MENYIARKAN KAWAT TUMPANGAN KELUAR KEPADA MEDIA

Apa yang saya faham,pihak mahkamah telah menjelaskan bahawa keputusan tersebut TIADA kaitan dengan agenda politik/isu dakwat kekal tetapi ia dibuat kerana Mej Zaidi melanggar PERINTAH TETAP,gagal mempamerkan contoh tauladan yang baik kepada anggota bawahan dan mencemar imej TUDM.Mengapa beliau ENGGAN membela diri dan membuat rayuan setelah 2 kali diminta untuk berbuat demikian ??? Kenapa masih ada pihak terus memesongkan pendapat masyarakat dengan mengaitkan isu berkenaan dengan isu politik ??? Adakah BERSIH terdesak sangat sampai menjadikan Mejar Zaidi sebagai HERO SEMENTARA ??? di bawah adalah akta ketenteraan

PMAT 1972, Bahagian 3; (secara rengkas dan mudah difahami) : Bah 3,

1- Warga tentera TIDAK BOLEH menjadi ahli sebarang parti politik.

2 - Tidak boleh menjadi calon pilihanraya.

3 - Tidak boleh memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik,tidak boleh berucap bagi pihak mana-mana parti politik,menyiar atau menyebarkan bahan-bahan tulisan bagi mana-mana parti politik.

4 - Tidak boleh hadir mana-mana perjumpaan politik dengan berpakaian seragam,kecuali diarahkan untuk melakukan tugas.

5 - Tidak boleh menyampaikan apa jua maklumat samada secara sulit atau terbuka melalui sebarang media berkaitan politik atau sebarang isu yang menjadi perbalahan politik yang menyentuh Angkatan Tentera.

6 - TIDAK BOLEH :

a. Mengambil bahagian di dalam mana-mana kerja politik atau membantu pilihanraya untuk mana-mana parti politik,perjumpaan mana-mana parti politik atau merayu undi ATAU;

b. Mempamirkan mana-mana pelekat politik di dalam kawasan kem atau kenderaan tentera/kerajaan. Warga tentera TIDAK BOLEH menjadi perayu undi mana-mana parti politik

7. Ia BOLEH HADIR di perjumpaan atau perhimpunan politik DENGAN SYARAT bahawa;

a. Bukan pada masa bertugas.

b. Berpakaian `preman' atau Awam (Tidak rejimental mufti) .

Jadi apakah perbuatan mejar tersebut telah mencemarkan nama baik angkatan tentera kita ??? Apakah mejar tersebut tidak tahu akan akta ini atau dia sememangnya tidak tahu langsung ??? Ini boleh saya ketegorikan sebagai masalah disiplin dan juga sebagai tidak memegang amanah yang telah diberikan kepadanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Pembangkan dari dulu kini dan selamanya cuma kutip bahan2 terbuang.

Dari KETUM hinggalah ke budak Mejar, pembangkang akan angkat dan junjung sebagai wira.

Barang dah dibuang jika dikutip, digilap, ditampal harga tetap murah.

Namun barang lama yang disimpan dijagai harganya tetap tinggi. Antiklah katakan.

 
 
Blogger Templates