Social Icons

Pages

Friday, January 09, 2015

FAKTA !!! #1MDB !!! APA MASALAH #ANWARIBRAHIM NI ??? KENAPA NAK SIBUK PASAL HAL NI ???


bila berlaku bencana banjir dan batang tubuh Anwar serta culai-culainya tidak dilihat dimana-mana untuk membantu mangsa banjir,alasan Anwar (selain tidak ada tiket kapal terbang) ialah tugas menguruskan bencana banjir ini adalah tugas Datuk Seri Najib Tun Razak,bukan kerja dia katanya.Oklah,kita terima.Memang itu tugas Datuk Seri Najib pun dan Datuk Seri Najib sudah melaksanakan tugas itu dengan baik dan sempurna,termasuk di negeri yang pembangkang perintah,Kelantan.Lagipun semua orang tahu Anwar hanya pandai cakap,bukan reti buat dan dia sentiasa guna ungkapan “tunggu saya jadi Perdana Menteri dulu” kalau nak berkhidmat kepada rakyat.Tapi dalam masa yang sama,kenapa Anwar dan culai-culainya boleh sibuk dalam hal lain yang juga menjadi tanggungjawab kerajaan dibawah pimpinan Najib seperti 1MDB ??? Kenapa dalam hal banjir guna alasan itu tugas Datuk Seri Najib tapi dalam hal 1MDB Anwar dan culai-culainya nak sibuk-sibuk pulak ??? Biarkanlah kerajaan uruskan macam mana pun syarikat tu,nak ganti Pengarah Urusan ke nak ganti tukang cuci ke apa,yang Anwar apa nak sibuk-sibuk ???

Jika Anwar kata sebagai ketua pembangkang dia ada hak,dimanakah ‘hak’ itu pergi bila rakyat dilanda musibah teruk di Kelantan.Kenapa hak untuk mewakili rakyat ini boleh berpilih-pilih,dalam hal ini (1MDB) aku ada hak,dalam hal lain (banjir),itu kerja Najib.Menunjukkan bahawa,Anwar hanya interframe bila ada bahagian yang menyebelahi dia.Macam banjir di Kelantan,dimana hampir semua agensi kerajaan negeri Kelantan gagal berfungsi,ahli Parlimen Pakatan dari PAS pun ramai yang hilang dari kawasan semasa banjir dan sebagainya,itu Najib punya hal,aku takdak kena mengena pasal bukan Perdana Menteri.Nak bagi mudah pemahaman,dalam keadaan macam ini dimana rakyat nak lihat penyelesaian segera,Datuk Seri Najib yang pikul semua,Anwar balik pada realiti bahawa dia tidak boleh buat apa sesuatu pun untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun Kelantan adalah negeri yang PAS perintah – PAS adalah komponen Pakatan Rakyat yang Anwar tubuhkan. 

Tapi bila ada soal yang kabur,kelabu sana sini macam 1MDB,masa itulah Anwar cuba nak jadi hero,konon nak selamatkan duit rakyat dan sebagainya.Kenapa masa ini Anwar tak kata itu masalah Najib ??? Sebab,dalam hal macam ini Anwar ada kelebihan untuk tonjolkan diri.Anwar ni macam Hitler dalam era perang dunia ke dua.Bahagian ‘bung bang bung bang’ depan rakyat sampai bersembur air liur macam hebat,dialah orangnya.Tapi diakhirnya,kalah juga perang dan dalam kes Hitler,terpaksa bunuh diri dibawah kubu bawah tanah di Berlin.Anwar,saya tak tahu macam mana penyudah nasibnya,mungkin tak bunuh diri macam Hitler kot,setakat kembali merengkok dalam penjara sebab buat hal tak pakai kondom.

NAK TAHU SAPA LAGI YANG SIBUK DALAM HAL NI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates