Social Icons

Pages

Saturday, January 10, 2015

KANTOI !!! PENGARUH #ANWARIBRAHIM SEMAKIN MEROSOT KERANA SERING 'KENCING' RAKYAT ???


Anwar Ibrahim kini sedang terjebak dengan kemelut polemik hudud DAP-PAS yang sudah sampai ke tahap kritikal.Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mahu dilihat sebagai anti enakmen Jenayah Syariah itu kerana tidak mahu dilabel sebagai anti Islam.Dalam isu hudud Anwar agak berhati-hati walaupun sejak dulu Anwar tidak menegah DAP mengambil sikap anti negara Islam dan hudud.Isu hudud yang dirancang untuk dibawa ke Parlimen oleh Pas Kelantan meletakkan Anwar dalam dilema.Anwar tidak akan menunjukkan sikapnya secara terbuka kerana beliau pernah menjadi Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM) dan memperjuangkan Islam sebagai suatu cara hidup.Dalam masa sama,ABIM dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) tidak mengambil sikap menolak konsep negara Islam dan hudud.ABIM dan Ikram mengambil pendirian partisan terhadap perjuangan politik Anwar walaupun pendirian ini dikritik oleh banyak pihak kerana secara jangka panjangnya ia boleh memberi kesan negatif terhadap imej pertubuhan dakwah itu.Kalau dulu sebarang isu yang berbangkit antara Pas dengan PR dirujuk kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Tetapi sekarang Anwar tidak mampu melakukannya lagi seolah-olah Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi sudah ada pendirian sendiri dan sudah tahu siapa Anwar. 

Anwar selalu dilihat sebagai memiliki faktor penyatuan dalam hubungan PKR-DAP-PAS dalam strategi politiknya untuk menawan Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.Pernah suatu ketika PAS meninggalkan perjuangan negara Islam dan hudud dan menerima konsep negara berkebajikan dan strategi tahalluf siasi yang banyak menerima kritik.Kini perjuangan negara berkebajikan tidak lagi kedengaran sebaliknya kerajaan negeri Kelantan mengemukakan Enakmen Hudud untuk dibawa ke Parlimen dengan kerjasama kerajaan Pusat.Ia adalah suatu tamparan kepada Anwar kerana tidak mampu menyekat ia terjadi.Kerajaan yang dibencinya sekian lama menjalin hubungan dengan Pas Kelantan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Jenayah Syariah.Lazimnya ceramah politik Anwar dihadiri ramai orang kerana penglibatan ahli-ahli PAS sangat membantu.Ceramah politik di Kuantan,Pahang baru-baru ini tidak ramai yang hadir dan dikatakan orang PAS tidak mahu lagi bersama.Kegagalan Anwar dalam Langkah Kajang untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor dan ingin meletakkan isterinya Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai gantinya menjadi MB juga tidak kesampaian. Kritikan ramai pihak terhadap cara menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR dan jawatan MB menjadikan imej Anwar tercalar teruk.Anwar kehilangan ramai teman rapatnya dalam perjuangan dan membuat kenyataan kontroversial mengenainya.Malah orang seperti Cikgu Bard yang digantung jawatannya nampaknya semakin berani mengkritik PKR dan Mohamed Azmin Ali tanpa tindakan disiplin diambil.Apakah ini menggambarkan Anwar tidak berani bertindak seperti yang dilakukan kepada Abdul Khalid ???  Kita belum tahu mengenai nasib Anwar dengan kes Mahkamah Persekutuan lagi. 

Sekiranya Anwar didapati bersalah dan memasuki penjara lagi,suasana sokongan terhadap beliau sewaktu ditahan di penjara Sungai Buloh dulu tidak sama dengan suasana sekarang.Ternyata perbicaraan di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini tidak ramai penyokongnya datang.Suasana politik dalam Pakatan berada di tahap kritikal dan ia boleh menyebabkan tahalluf siasi tidak memberi apa-apa makna lagi. Kalau begitu gambarannya apakah Pakatan Rakyat mampu membuat lonjakan untuk menawan Putrajaya seperti yang berlaku dalam PRU-13.Sama ada Anwar di dalam penjara mahupun di luar penjara ternyata pengaruhnya semakin merosot.Cakapnya mula tidak didengar oleh PAS lagi.Apakah isu hudud bakal menjadi asbab putusnya ikatan dalam PR ??? Kenyataan pemimpin DAP lebih lantang lagi bahawa PAS mengingkari persetujuan awal dalam kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk tidak menjadikan hudud sebagai agenda perjuangannya.Malah setengahnya mencabar Pas supaya keluar dari pakatan itu jika hudud ingin dilaksanakan juga.Krisis ini menguji kewibawaan Anwar supaya mampu menjadi faktor penyatuan dan mengambil pendirian jelas mengenai isu hudud.Sekiranya Anwar mengambil pendirian menentang hudud secara terbuka kesannya adalah besar dan sekiranya Anwar tidak melakukan apa-apa peranannya sebagai Ketua Umum PR bakal dipersoalkan dan pendirian PAS kini tidak sama seperti dulu lagi.Inilah dilema Anwar.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates