Social Icons

Pages

Monday, January 26, 2015

KANTOI !!! PENIPUAN #PAKATAN #PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!!


tu diaa nampaknya pembangkang dah kecut !!! sebelum ini,bukan main galak lagi para penyokong pembangkang menyebarluaskan posting seseorang yang mengaku anak Koperal Sirul Azhar,anggota polis yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana melakukan pembunuhan ke atas seorang warga Mongolia.Kononnya, 'anak lelaki' Sirul Azhar yang mengaku sedang berada di Australia itu tahu serba-serbi tentang fakta-fakta kes pembunuhan tersebut dan hanya menunggu masa untuk membongkarkannya bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib dan Kerajaan Malaysia.Malah,ada juga yang kelihatan pro-UMNO tetapi amat kuat menentang dan menuduh Datuk Seri Najib terlibat atau mempunyai kaitan dengan pembunuhan tersebut,mengeluarkan pelbagai teori termasuklah konspirasi dan sebagainya yang akhirnya disudahi dengan TANDATANYA (?). 

Posting dan akaun Facebook 'Shuk SZ' telah dijadikan sebagai hujah kukuh mereka untuk menyatakan Datuk Seri Najib terkait dan bersalah sebagai perancang.Namun akaun berkenaan cuma bertahan sehingga semalam.Hari ini akaun Facebook atas nama 'Shuk Sz' telah ditiadakan dan dilupuskan.Barangkali troll dan keinginan untuk 'bergurau' telah menyebabkan si pemilik akaun tersebut terdedah kepada masalah perundangan menyebabkan dia perlu mengambil tindakan yang lebih pantas dengan memadamkannya terus walaupun sebelum ini mendakwa berada di Australia.

Siasatan juga mendapati,anak Sirul berada di Perak,berusia 16 tahun,dijaga oleh neneknya dan tidak terlibat langsung dengan akaun Facebook tersebut.Sekaligus menunjukkan ada puak penyokong Pembangkang yang cuba mengambil kesempatan dengan melakukan fitnah ke atas anak Sirul Azhar untuk mencapai matlamat mereka memperlekehkan selain mewujudkan persepsi negatif ke atas Datuk Seri Najib.Mungkin memikirkan sudah selamat,tetapi individu berkenaan dipercayai akan mengulangi semula kesalahannya menerusi Facebook menggunakan akaun-akaun yang lain.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates