Nasibnya dalam rayuan terakhir kes liwat bekas pembantu sendiri masih belum diketahui bila tarikh jatuh hukumnya,tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan 'naik' mahkamah lagi pada 17 Febuari ini.Semuanya kerana kes saman beliau terhadap Menteri Luar,Datuk Seri Anifah Aman.Anwar sekali lagi akan di 'grill' oleh peguam Anifah,Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Anifah Aman untuk meminda pernyataan pembelaan tambahan berhubung dakwaan Ketua Pembangkang itu telah menawarkan RM100 juta kepadanya untuk melompat parti.Dalam kes liwat,Muhammad Shafie mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes melibatkan Anwar dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.Kes tersebut masih menunggu tarikh untuk jatuh hukum yang belum diketahui bila.di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid membuat keputusan membenarkan Anwar dipanggil semuya selepas mendengar hujahan Muhammad Shafee dan peguam Razlan Hadri Zulkifli,yang mewakili Anwar.
Mahkamah menetapkan 17 Februari depan untuk Anwar memberi keterangan.Sementara itu,mahkamah menolak permohonan Anifah,yang juga Ahli Parlimen Kimanis untuk meminda pernyataan pembelaan tambahan berhubung dakwaan bahawa Anwar seorang homoseksual dengan alasan ia memprejudiskan ketua pembangkang itu.Perbicaraan penuh kes itu,bermula 25 Ogos tahun lepas dan berakhir pada 26 Disember,selepas Ahli Majlis Tertinggi Umno,Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi,yang merupakan saksi terakhir defendan (Anifah) memberi keterangan.Bagaimanapun selepas saksi itu selesai memberikan keterangan,Anifah membuat permohonan untuk meminda pernyataan pembelaan tambahannya.Anwar mengemukakan saman terhadap Anifah pada 27 Mei 2009 kerana mendakwa kenyataan Ahli Parlimen Kimanis itu pada sidang media di Washington,pada 16 Mei 2009,yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang ketika itu,Hillary Clinton, telah mencemarkan nama baiknya.
Ketua pembangkang itu mendakwa Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak untuk memegang sebarang jawatan politik atau apa-apa jawatan dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.Anwar juga mendakwa bahawa kenyataan defendan yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing,telah menimbulkan fitnah terhadap perwatakannya dan secara langsung dan tidak langsung menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika,tidak berprinsip dan rasuah.betul kerrr anwar ??? kita tunggu apa akan jadi seterusnya
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment