Social Icons

Pages

Wednesday, March 11, 2015

BREAKING NEWS !!! BAKAL MENANTU PM DS @NAJIBRAZAK DAN #ROSMAHMANSOR SERTAI MAJLIS MAULUD !!!


Kurang sebulan lagi bakal bergelar suami,ini merupakan masa terbaik untuk bakal menantu Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor,Daniyar Kesikbayev mendekati dan mempelajari tradisi dan budaya orang Islam di negara ini.malam ahad lepas,jejaka kelahiran Kazakhstan bersama-sama 100 jemaah menyertai majlis maulud di Damansara,yang dipimpin oleh Habib Umur,Habib Mahdi dan Ustaz Ali Zainal Abidin.Selepas majlis tersebut,Daniyar menikmati juadah nasi arab dalam dulang bersama-sama dengan Ustaz Ali.Daniyar menamatkan pengajian di Universiti Columbia,New York manakala Nooryana Najwa,merupakan lulusan School of Foreign Service,Universiti Georgetown,Amerika Syarikat bertunang pada Jun 2011. 

Mereka berkenalan semasa belajar di Amerika dan bertunang pada Jun 2011.Portal Agendadaily sebelum ini melaporkan masing-masing PM dan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bakal menerima menantu pada penghujung Mac.Yang menariknya,PM dan TPM bakal menerima menantu lelaki selepas anak kedua-duanya adalah perempuan yang mempunyai nama serupa iaitu Najwa.Anak perempuan PM,Nooryana Najwa akan diijabkabul di Kuala Lumpur Convection Centre (KLCC) pada 28 Mac Manakala anak perempuan TPM dan Puan Sri Norainee Abdul Rahman,Najwa akan bernikah dengan tunangnya Idris Koh Heng Hui pada 26 Mac di Sri Satria Putrajaya.Majlis resepsinya pada 29 Mac di Hotel Shangrila Kuala Lumpur.

SEMOGA BAHAGIA KE ANAK CUCU...

AMIN.......
Post a Comment
 
 
Blogger Templates