Social Icons

Pages

Thursday, March 26, 2015

SENARAI HARGA ROKOK NAIK ADALAH PALSU !!! TOLONG SEBAR !!!


tu dia !!! apa cerita ni ??? ni mesti kerja puak pakatan !!! bukan nak tuduh,tapi benda-benda macam ni selalunya puak pakatan suka.dah 2 hari benda ni ada di laman sosial.nasib baik dah ada jawapan.kalau tidak semua penghisap rokok kena kencing bulat-bulat !!! jom lihat statement di bawah

Syarikat British American Tobacco (BAT) Malaysia menafikan senarai harga rokok yang menjadi viral pada hari semalam adalah harga semakan bermula 1 April.Dalam satu kenyataan ringkas,jurucakap BAT berkata,mereka sedar berkenaan senarai harga yang diedarkan melalui media sosial. 

"Pihak kami menegaskan bahawa senarai harga itu adalah palsu dan laporan polis sudah dibuat.Pada masa yang sama,kami mengesa orang ramai supaya tidak mengedar senarai harga itu,"kata kenyataan itu. 

Senarai harga itu diedarkan dalam media sosial sejak malam semalam sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada kenaikan itu adalah disebabkan oleh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada minggu hadapan.Berdasarkan kepada senarai harga palsu itu,setiap rokok keluaran BAT mengalami kenaikan sebanyak RM2 iaitu setinggi 18 peratus.Bagaimanapun terdapat jenis rokok di dalam senarai itu yang tidak di jual di Malaysia seperti jenis Pall Mall kretek. - HM

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates