Social Icons

Pages

Thursday, March 05, 2015

WALAUPUN #AZMINALI KUTUK DAN FITNAH PEMIMPIN #SARAWAK BELIAU MASIH DIBERI LAYANAN BAIK ???


Antara kata-kata Azmin semasa dalam satu ceramah beliau di sana ialah "Menteri di Sarawak,habis tanah di rampas".Namun di sebalik kata-kata fitnah dan hasutan itu,Azmin masih dilayan baik oleh Ketua Menteri.Beliau disambut dengan kereta yang disediakan kerajaan negeri siap polis untuk escort. 


Begitu murah hati kerajaan Negeri Sarawak,namun sebelum ini Azmin bersikap kurang ajar.Pasti rakyat Sarawak boleh lihat betapa biadap pelawat PR dari Semenanjung.Tidak menolak kemungkinan permintaan untuk jumpa Tan Sri Adenan Satem hanya helah Azmin untuk buat permintaan yang tak disangkakan akan diterima.Meskipun teruk difitnah dan ditohmah oleh PKR dan DAP,Adenan berjaya menyampaikan mesej mesej kepada Azmin supaya berhemah dan beradab dalam politik.Pembangkang yang datang dari Semenanjung perlu hormat orang Sarawak !!! Pemimpin PKR yang datang untuk mengajar rakyat Sarawak untuk bersifat biadap dan kurang ajar hanya telah membodohkan diri mereka kerana politik membenci yang dibawa hanya memperlihatkan kebodohan pemimpin Pakatan dalam kurang memahami suasana dan budaya Sarawak.


Sebagai tetamu para pemimpin Pakatan dari Semenanjung yang datang ke Sarawak tidak perlu membawa budaya kurang ajar dan biadap ke negeri itu.Tidak cukupkah mereka menaja SSKM dan Sarawak for Sarawakians yang bertujuan memecahbelahkan rakyat negeri itu ??? Tidak cukupkah DAP dengan kempen Anti-Christ yang menjadi tunjang kempen semasa PRN tahun 2011 ???

Kematangan Adenan Satem untuk tidak membenarkan UMNO beroperasi di Sarawak sebenarnya adalah perkiraan yang bijak.Jika UMNO wujud,maka PKR dan DAP yang berasal dari Semenanjung pun akan lagi galak dengan politik biadap dan kurang ajar terhadap UMNO.Serangan PKR dan DAP kepada UMNO pastinya akan dibalas,sekaligus akan mengheret sekali PBB yang dipimpin oleh Adenan Satem dan keseluruhan rakyat Sarawak yang telah mengecapi keamanan dan kesejahteraan selama berada dalam Malaysia.Tahniah pemimpin BN Sarawak yang memang matang dalam berpolitik walaupun difitnah.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates