Social Icons

Pages

Monday, April 13, 2015

BREAKING NEWS !!! KENYATAAN DIPUTARBELIT !!! KETUA PEMBERITA #DAILYEXPRESS MOHON MAAF KEPADA DS @ISMAILSABRI60 !!!


Ketua Pemberita Daily Express,Chris Maskilone mewakili Ketua Pengarang James Sarda menemui YBM MOA Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menyatakan kesal kerana akhbar berkenaan salah tafsir dan salah lapor ucapan beliau.Datuk Seri ismail Sabri dalam lawatan kerja di sabah selama 2 hari.Pertemuan tersebut berlangsung di Hotel Hyatt Kota Kinabalu petang semalam.lihat gambar di bawah


Sebelum itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan laporan sebuah akhbar yang memetiknya sebagai menyamakan sikap tidak mempercayai Datuk Seri Najib dengan tidak mempercayai Allah.Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata kenyataannya sekadar mengaitkan kewajipan seorang umat Islam mempercayai sumpah yang dibuat atas nama Allah,selaras dengan tuntutan Islam.Menteri pertanian dan industri asas tani itu berkata demikian sewaktu mengulas laporan Sabah Daily Express yang dikongsi secara meluas di laman sosial.

"Ia dipetik di luar konteks.Saya katakan kita sebagai orang Islam perlu mempercayai kata-kata Najib kerana beliau bersumpah di masjid dan berkata Wallahi, Wabillahi, Watallahi. "Sebagai orang Islam, sumpah sebegitu perlu dipercayai," katanya.Katanya,sumpah yang dibuat perdana menteri sebelum ini selaras dengan syarat ditetapkan Islam dan orang beragama Islam sewajibnya mengambil sumpah itu sebagai benar. "Oleh kerana Najib mengangkat sumpah mengikut keperluan Islam, kita perlu percayakan Najib," katanya,merujuk sumpah dibuat Najib yang menafikan beliau ada kaitan dengan mangsa kes bunuh, Altantuya Shaariibuu. Laporan Sabah Daily Express memetik Ismail sebagai berkata :"Tidak percayakan Najib bermakna tidak percayakan Allah". 

Laporan itu mengundang kritikan orang ramai yang menganggap Ismail cuba membodek perdana menteri. 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates