Social Icons

Pages

Saturday, April 04, 2015

BREAKING NEWS !!! LOKASI TEMPAT BUAT AIR #ZAMZAM PALSU DIKENAL PASTI !!!


sebelum ini ramai yang mengatakan kononnya wajud sindiket memproses dan membungkus air zam-zam tiruan di melaka.apa cerita ni ??? adakah anda selidik atau tak di mana tempat tu berlaku ??? lain kali jangan main amik gambar tu bulat-bulat dan sebar.kan dah kantoi menipu.dimana sebenarnya tempat tu ???




ni jawapan sebenar !!! lain kali selidik dulu !!! jangan main belasah jerr !!!

MELAKA - Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka,Mohd Faisal Rahman menafikan status yang dimuat naik seorang pemilik akaun di laman sosial Facebook kononnya wujud sindiket memproses dan membungkus air zamzam tiruan di negeri ini.Menurutnya,status yang didakwa wujud sejak semalam dan mendapat perhatian ramai pengguna internet itu menyatakan operasi membungkus air zamzam tersebut dijalankan di negeri ini dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan. 

“Sebaik mengetahui mengenai perkara itu,kami telah menjalankan siasatan merujuk Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), tetapi tiada sebarang bukti menunjukkan aktiviti yang digambarkan itu berlaku di negeri ini.Kami juga cuba mendapatkan maklumat daripada pemilik status berkenaan untuk memastikan ia benar-benar sahih namun ternyata ia palsu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian,semalam.Bagaimanapun,setelah beberapa jam ia dipaparkan,pemilik akaun berkenaan kemudiannya menukar status tersebut dengan menyatakan ia sebenarnya berlaku di sebuah tempat di Makkah.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates