Social Icons

Pages

Friday, May 15, 2015

BREAKING NEWS !!! ANAK PM DS @NAJIBRAZAK ADA SKANDAL #UFUN ??? INI JAWAPAN SEBENAR !!!


“Saya tidak terlibat dengan kumpulan tersebut dan sudah membuat laporan polis,memberitahu Bank Negara dan kedutaan Thai mengenai insiden tersebut apabila saya mendapat tahu mengenainya beberapa tahun yang lalu.Saya meletak jawatan sebagai pengarah dan pengerusi Kumpulan Sagajuta pada 31 Mei 2012,sebuah syarikat yang didakwa ada kaitan dengan UFun,” kata Mohd Nazifuddin Mohd Najib dalam satu kenyataan pada Khamis. 

Nafizuddin Mohd Najib,anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi dituduh terbabit dengan syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) UFun yang mencetuskan kontroversi.“UFun menggunakan nama saya untuk menipu pembeli bagi menggalakkan mereka mendaftar dalam skim Ponzi mereka.UFun mencetuskan kontroversi di Thailand kerana didakwa menipu lebih 100,000 mangsa di seluruh dunia dan Pihak berkuasa Thai dan Malaysia menjalankan operasi untuk mengesan dalang di sebalik skim tersebut. Beberapa individu telah ditahan semasa siasatan berhubung skim itu.Polis Thai turut mencari tiga warga Malaysia yang melibatkan Pengerusi Eksekutif Kumpulan UFun,Datuk Daniel Tay.Dalam dua video di laman sosial YouTube baru-baru ini,Tay menafikan dakwaan syarikat beliau terlibat melakukan penipuan.Sementara itu bercakap kepada The Malaysiakini hari ini,Nazifuddin percaya cubaan untuk mengaitkannya dengan Skim ini merupakan sebahagian daripada usaha yang disasarkan terhadap bapanya,Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Abdul Razak. 

Ini selepas sebuah video oleh televisyen NOW26 mengenai dakwaan kaitan Nazifuddin dengan Ufun, diedarkan kepada media sosial berdasarkan bahan promosi skim Ponzi itu.“Mereka cuba untuk memfitnah semua orang yang ada kaitan dengan perdana menteri,termasuk anak-anak dan semua orang,mereka menyerang semua orang.Ini sememangnya tidak wajar dan saya harap tindakan akan diambil terhadap sesiapa saja yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.Ianya muncul di tengah-tengah desakan,termasuk dari bekas Perdana Menteri,Dr Mahathir Mohamad,supaya Najib meletak jawatan.Nazifuddin berkata pengedaran video itu “mungkin bermotifkanpolitik”.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

HAMIDIsP said...

Nazifuddin sudah lama dikaitkan dengan skim pelaburan ufun lama sebelum timbulnya isu 1MDB..

 
 
Blogger Templates