Social Icons

Pages

Thursday, May 14, 2015

HINA AYAH DATUK @AHMADMASLAN !!! APA MASALAH ANDA SEMUA ??? ANDA ADA AYAH TAK ???


"Kenapa sampai keterlaluan begini pihak berkenaan buat saya,apa salah arwah ayah saya sehingga dihina sebegini?" Itu penjelasan Timbalan Menteri Kewangan,Datuk Ahmad Maslan yang menyatakan rasa kesal kerana nama arwah ayahnya dinamakan dalam permainan telefon pintar Android. 

"Ayah saya sudah tiada ; tolong jangan hina dia.Maslan adalah seorang penoreh getah yang miskin dan buta huruf," katanya kepada Astro AWANI yang turut dimuatkan di dalam catatan Twitter terbaharunya.Astro AWANI mendapati,permainan baharu Maslan yang dinamakan 'MASLAN 3.85 Extended Version' dan 'Tampar Maslan' mula dipromosi di laman sosial termasuk sistem pesanan WhatsApp pada Rabu.Dalam pada itu,kata Ahmad,pihak pembangun permainan itu turut disifatkan tidak tahu namanya dan sengaja menamakan nama arwah ayahnya untuk terus memburukkan lagi situasi. 

"Nama saya pun puak-puak ini tidak tahu," ujarnya.Ahmad sebelum ini dilaporkan kecewa apabila kebanyakan kenyataannya,terutama mengenai isu Cukai Barangan dan Pekhidmatan (GST),banyak diputarbelitkan beberapa pihak.Kata Ahmad,walaupun kehidupannya sebagai seorang menteri banyak berubah selepas pelaksanaan GST kerana menjadi sasaran ditertawakan,namun sedar tanggungjawabnya untuk terus memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kebaikan GST.

SEKALI LAGI SAYA TANYA ANDA SEMUA WAHAI PUAK YANG TAK SUKA DATUK AHMAD MASLAN !!!

ANDA ADA AYAH TAK ???

KALAU AYAH ANDA DIHINA APA PERASAAN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Labu8455 said...

Walaupun aku sendiri tak berapa berkenan dengan Ahmad Maslan ni tapi bilamana sampai kepada arwah bapa beliau pun nak dihina dan dipermainkan oleh mereka mereka yang benar benar rosak akhlak, ini sudah dikira sebagai melampau dan biadap lagi kurang ajar.
Sudah lah jangan terlalu biadap dan kurang ajar.

Anonymous said...

Sabarlah Mad akan ada balasannya kepada orang yg menghina tu kelak. Istiqomah dengan tugas anda. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yg sabar.

HAMIDIsP said...

Itulah masalahnya apabila politik kebencian jadi amalan..

Anonymous said...

bukan salah ayah kalau anaknya bebal

 
 
Blogger Templates