Social Icons

Pages

Wednesday, May 13, 2015

KANTOI !!! TOL UNTUK PENGGUNA MOTOSIKAL !!! PENIPUAN PUAK #PAKATAN #PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!!


Tiba-tiba tersebar berita palsu kononnya Putrajaya sedang mempertimbangkan bayaran tol untuk penunggang motosikal di seluruh negara.Malah berita lama dan basi yang pernah di siarkan akhbar berbahasa Cina turut disebarkan dan Pengarang Nanyang,Foo Tick Fat,sendiri mengakui ia berita lama.Berita palsu yang tersebar di media sosial itu juga jelas berniat jahat apabila turut memetik Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Fadillah Yusof.Apa yang disebarkan di media sosial termasuk dalam bentuk infografik itu sebenarnya adalah dakyah palsu pembangkang yang cuba memburukkan kerajaan dan pemimpin BN.Sebenarnya orang yang bertanggungjawab mencadangkan Tol dikenakan terhadap penunggang motosikal ialah pemimpin pembangkang yang juga Ahli Parlimen Kuantan, Hajah Fuziah binti Salleh.Laporan yang disebar semula di laman sosial adalah berita lama yang dikitar semula dan ia tidak betul sama sekali.Semak hansard Parlimen bertarik 12 November 2013 untuk mendapat berita yang sahih dan tepat Petikan hansard antara lain adalah seperti berikut ;

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] : minta Menteri Kerja Raya menyatakan sebab sebab motosikal berkuasa tinggi tidak perlu membayar tol walaupun mempunyai CC yang besar dan ada kalanya setaraf dengan sebuah kereta. Menteri Kerja Raya

[Datuk Haji Fadillah bin Yusof] : Bismillahi Rahmani Rahim.Tuan Yang di-Pertua,terima kasih Yang Berhormat Kuantan.Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,berkenan dengan tol di lebuh raya negara ini ditentukan mengikut kapasiti enjin atau CC kenderaan tetapi sebaliknya ia dibuat berasaskan kelas ataupun jenis kenderaan itu.Sehubungan itu motosikal berkuasa tinggi tidak dikenakan kutipan tol kerana ia termasuk di bawah kategori kenderaan dua gandar ataupun dua roda iaitu motosikal yang dikecualikan daripada kutipan tol.Ini termaktub dalam hampir semua perjanjian konsesi lebuh raya kecuali di Lebuhraya Link Kedua Malaysia–Singapura iaitu di Plaza Tol Tanjung Kupang dan di Jambatan Pulau Pinang di mana motosikal turut dikenakan tol.Penetapan tol untuk kelas atau jenis kenderaan ini adalah berasaskan kepada Akta Jalan jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984. Terima kasih. 

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] : Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua,aduan ini banyak datang daripada pengguna-pengguna jalan raya yang merasakan ketidakadilan di dalam hal ini.Ini kerana kalau kita tengok kereta kancil,mereka bayar tol dan orang yang pakai kereta kancil ialah orang yang tidak ada kemampuan untuk beli kereta mewah berbanding dengan orang yang beli motosikal besar.Motosikal besar ini ada yang lebih mahal daripada kereta kancil.Jadi persoalan saya,sepatutnya memang kita tidak bayar tol semuanya.Kalau ikut Pakatan Rakyat semua tidak payah bayar tol.Akan tetapi adakah usaha daripada pihak kementerian untuk mengkaji semula dan untuk melihat dan meneliti supaya berlaku keadilan dalam isu ini dan tidak berlaku zalim kepada pengguna-pengguna jalan raya seperti yang bawa kereta kancil ini berbanding dengan motosikal besar? Terima kasih. 

Menteri Kerja Raya [Datuk Haji Fadillah bin Yusof] : Bismillahi Rahmani Rahim.Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuantan.Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,berkenaan dengan tol di lebuh raya negara ini ditentukan mengikut kapasiti enjin ataupun CC kenderaan tetapi sebaliknya ia dibuat berasaskan kelas ataupun jenis kenderaan itu.Sehubungan itu motosikal berkuasa tinggi tidak dikenakan kutipan tol kerana ia termasuk di bawah kategori kenderaan dua gandar ataupun dua roda iaitu motosikal yang dikecualikan daripada kutipan tol.Ini termaktub dalam hampir semua perjanjian konsesi lebuh raya kecuali di Lebuhraya Link Kedua Malaysia–Singapura iaitu di Plaza Tol Tanjung Kupang dan di Jambatan Pulau Pinang di mana motosikal turut dikenakan tol. Penetapan tol untuk kelas atau jenis kenderaan ini adalah berasaskan kepada Akta Jalan Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.Terima kasih. 

Untuk hansard penuh boleh semak di laman web Parlimen Malaysia.Jika di semak kandungan hansard orang yang beria-ia mahu Tol dikenakan terhadap penunggang motosikal adalah pemimpin PKR iaitu Ahli Parlimen Kuantan,bukan pemimpin BN.Justeru orang ramai tidak seharusnya cepat terpedaya,sebaliknya semak kesahihan berita yang disebarkan terlebih dahulu.






APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

UMNO, kerajaan dan jabatan kerajaan perlu pantas menjawab isu, tohmahan dan fitnah. Dimana sesuai perlu saman cepat supaya ia x meleret2 dan mengusutkan fikiran orang ramai.

Anonymous said...

Sejak tahun 2015, begitu banyak viral2 fitnah yang melanda laman sosial, yg digasak ialah UMNO dan PAS, parti lain indah belaka..ini sebenarnya ada satu agen bawah Tanah yg ingin mengkucarkacirkan pemimpin UMNO dan PAS untuk meranapkan kepercayaan umat Islam terhadap kedua2 parti ini. Umat Islam wajib dipecah belah untuk memerintah mengikut telunjuk yg mendapat manafaat...umat Islam yg terdorong dgn hasutan tanpa banyak soal terus menjadikan ia sebagai satu yg benar walaupun kebenarannya belum dibuktikan..kepimpinan TGHA dan Pak Najib adalah sasaran mereka ...kebatilan akan terserlah jua..namun kesan tompikan fitnah amat sukar untuk dihakis begitu sahaja...fitnah itu lebih merbahaya dari fitnah sebab dgn fitnah mungkin lebih ramai yg akan terbunuh nanti...

Anonymous said...

saya cadangkan kerajaan menubuhkan satu kumpulan dari pengamal undang2 untuk menyaman segala fitnah dari pembangkang supaya rakyat yakin kepada ketelusan kerajaan

 
 
Blogger Templates