Semalam satu cawangan UMNO di Permatang Pauh telah dibubarkan iaitu Cawangan Guar Jering Jaya. Siap umumkan di Sidang Media PKR di Yayasan Aman. Katanya tidak berpuashati kerana terbiar dan tidak terbela.
Cawangan ni telah digantung kerana gagal bersidang sejak 2013. Ahlinya yang tidak sampai 100 orang pun gagal bersidang. Informasi yang diterima dari penduduk disitu selepas sidang media tersebut, menyatakan bahawa Ketua Cawangan Guar Jering Jaya hanya mahukan wang. Persidangan tahunan pun tak buat, tapi duit nak. Siapa nak bagi.
Setahu Black, setiap cawangan yang bersidang akan diberikan yang perbelanjaan untuk jamuan.. ianya tertulis didalam penyata kewangan cawangan. Memanglah tak banyak, tapi mencukupi untuk menjalan persidangan tahunan.
Khabar angin penduduk setempat menyatakan bahawa ketua cawangan ini pernah mengugut untuk membubarkan cawangan sekiranya sejumlah wang yang agak besar jumlahnya tidak diperolehi.Namun ianya tidak dilayan oleh pucuk pimpinan bahagian dan pusat kerana ianya hanya untuk kepentingan peribadi ketua cawangan tersebut.Nampak sangat mata duitan.
Bila duit telah menjadi tuhan dimata dan dihati, apa sahaja sanggup dilakukan termasuk mengugut individu lain demi memenuhi nafsu serakah. - Black Panther
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Tenguk muka pun dah bolih tahu...muka penipu dan munafik
Kalau betul tuduhan ini, bubarkan pun tak apa, jangan biarkan orang begini merosakkan nama baik parti, biaq padan dengan muka dia....
Post a Comment