Social Icons

Pages

Monday, June 22, 2015

PERLAKSANAAN #GST !!! KEPADA RAKYAT MALAYSIA !!! TOLONG JANGAN HIPOKRIT !!!


Kerajaan sudah menjangkakan bahawa akan ada peniaga yang sengaja mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila sistem cukai GST dilaksanakan pada 1 April 2015.Peniaga yang tamak dan berniat jahat akan menggunakan alasan kononnya kenaikan harga tersebut ekoran daripada perlaksanaan sistem cukai tersebut.Antara yang menjadi isu hangat diperdebatkan oleh masyarakat adalah kenaikan harga makanan di restoran mamak.Sehinggakan terdapat juga restoran Mamak yang diserbu lebih dari sekali ekoran aduan pengguna.Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),Datuk Nadzim Johan,pengguna yang ke restoran mamak untuk menjamu selera sama ada bersama keluarga,rakan-rakan mahupun bersendirian perlu lebih bijak memilih kedai makan dan bukan ha­nya mengharapkan tindakan pihak berkuasa terhadap peniaga yang mengambil kesempatan.Malah beliau berpandangan bahawa langkah itu amat diperlukan supaya pengguna bersatu dalam menyelesaikan masalah tersebut ke­rana kuasa membeli pengguna memainkan peranan yang besar. 

"Memang kita ada menerima banyak adu­an berhubung harga makanan yang tidak sama di restoran-res­toran berlainan,namun aduan yang dila­kukan itu juga tidak lengkap dan menyukarkan siasatan dilakukan.Nasihat saya kepada para peng­guna,mereka perlu lebih aktif dalam mengekang aktiviti tidak sihat itu kerana peniaga kini berani mengambil kesempatan de­ngan meningkatkan harga makanan yang dijual,” katanya. 

Beliau juga mengulas tinjauan Utusan Malaysia di tiga restoran mamak sekitar Shah Alam,Kota Damansara dan ibu negara baru-baru ini yang mendapati harga minuman dan makanan yang dikenakan berbeza serta tidak selaras walaupun menu sama dipesan di ketiga-tiga premis berkenaan.Menu ringkas yang dipesan itu meliputi nasi putih,ikan tenggiri goreng dan sayur kubis manakala minuman pula adalah teh ais dan air kosong.Nadzim turut kecewa dengan sikap pengguna yang hanya tahu melakukan aduan tetapi tidak berusaha untuk mencari alternatif lain apabila memilih restoran sama bagi menjamu selera.

“Mereka (pengguna) ini memang banyak buat aduan kepada kami, tetapi kita dapat tahu tidak lama kemudian, mereka akan ke restoran mamak yang didakwa meletakkan harga yang mahal terhadap makanan yang ditawarkan itu semula.Sikap seumpama itulah yang amat dikesali kerana mereka ini tidak bertindak seperti apa yang dikatakan dan hanya tahu membuat aduan sahaja. Bayangkan sebelum pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), bil makanan langsung tidak dihiraukan, tetapi kini barulah nak pantau sendiri,” katanya. 

Dalam pada itu,Nadzim juga menggesa pihak Persatuan Peng­usaha Restoran Muslim (Presma) mewujudkan satu polisi harga kepada ahli-ahli mereka bagi memastikan tiada sebarang kesempatan diambil terhadap pengguna. “Saya melihat perkara itu sebagai salah satu jalan penyelesaian dalam masalah ini kerana mereka (Presma) mampu untuk berbuat demikian dan ahli-ahli mereka juga perlu mengikut polisi yang ditetapkan.Antara contoh makanan yang dinaikkan harga ketika ini adalah udang dan telur ikan, menyebabkan pengguna terkejut apabila tiba masanya untuk membayar bil yang dikemukakan di kaunter bayaran,” katanya. 

Perkara yang sama pernah disuarakan oleh Timbalan Menteri Kewangan,Datuk Ahmad Maslan berhubung kuasa pengguna yang mampu memberi kesan kepada naik-turunnya harga barang.Menurut beliau,pihak pengguna perlu menggunakan pendekatan pembelian berhati-hati dengan memastikan terlebih dahulu harga sesuatu barangan sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Apabila berlaku amalan penangguhan perbelanjaan maka ini akan memberi tekanan kepada para peniaga dan bakal mendorong peniaga menurunkan harga barang.Kuasa mengadu,memilih dan memboikot terletak sepenuhnya dalam tangan pengguna.Tidak guna kiranya hanya kecoh di laman internet tetapi tidak berusaha untuk menggunakan hak yang ada di tangan.Gunakanlah kuasa ini untuk mengekang peniaga yang tamak seperti seruan yang pernah dibuat oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib agar tidak membeli dari mereka dan bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada peniaga sengaja mengambil kesempatan di sebalik pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

sepatutnya sebelum dilaksanakan GST, sistem SST dibuat seperti sistem GST dan ditukar kepada GST baru lah rakyat tahu GST lebih murah dari SST.

Anonymous said...

Tak perlulah nasihat menteri yang bodoh.

HassanNik said...

Sebenarnya Kita Tidak Boleh Nak Salahkan Mamak Atau Peniaga Segaja Menaikkan Harga Barangan Jualan Dan Juga Caj Perkhidmatan Yang Disediakan Mereka Sebab Kita Perlu Ingat Atas Titah Perintah GST Mereka Kena Menyediakan Berbagai Perkara Diperingkat Awal Pelaksanaan GST Termasuklah Perisian Perakaunan Yang Tetapkan Oleh JKDM, Tambahan Pekerja Baharu Dan Lain-Lain Perkara Yang Berkaitan. Disamping Itu, Faktor yang Turut Memyumbang Kepada Kenaikan Harga Barangan Ialah Di Masa GST SEMUA BARANGAN BECUKAI Kecualai Barangan Yang Disenaraikan Sahaja Dan Tidak Sebagaimana Semasa SST Yang Mana Bunyinya TIDAK SEMUA BARANGAN BERCUKAI Kecuali yang Yang Disenaraikan Sahaja. Oleh Itu, Mamak Atau Peniaga Bolehlah Menaikkan Harga Barangan Jualan Mereka Atau Perkhidmatan Yang Di Sediakan Tetapi Janganlah Keterlaluan Dan Menyusahkan Pengguna.

Anonymous said...

cakap mudah konon rakyat hipokrit!
habistu menteri tak hipokrit??
kenapa bila ditanya tentang 1mdb, ramai menteri yang tak tahu?
Tak tahu atau sengaja buat tak tahu?
Kalau betul tak tahu, mengapa tak pulak menyanggah najib yang buat menteri seperti tunggul kayu?
tak nama HIPOKRIT ke tu??
Cakap bodoh takde otak kang marah!
Tapi memang TAKDE OTAK pun!
Citt! Peegiiidahh!

 
 
Blogger Templates