Social Icons

Pages

Saturday, July 11, 2015

BREAKING NEWS !!! FITNAH #WSJ !!! #TUNMAHATHIR ADALAH DALANG SEBENAR ???


Tidak seperti Mahathir - bekas Perdana Menteri yang telah lama bersara,Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri yang masih berkuasa dan mempunyai akses kepada pelbagai rangkaian maklumat yang tidak terfikir oleh rakyat biasa seperti kita.Justeru,bila Mahathir menuduh Datuk Seri Najib apa-apa,itu adalah berdasarkan apa yang dibisikkan orang kepadanya,betul atau tidak belum tahu lagi.Sebaliknya,bila Datuk Seri Najib menuduh Mahathir sebagai dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan Wall Strait Journal (WSJ) itu adalah berdasarkan laporan dari sumber berkredibiliti,tak siapa boleh pertikaikan itu. 

Takkan seorang Perdana Menteri nak merendahkan taraf jawatan tersebut dengan memfitnah orang lain? Lagipun,sejak hebat diserang Mahathir,Datuk Seri Najib jarang menuduh balik,beliau hanya menjawab balik.Tapi kali ini tuduhan itu benar-benar tak masuk akal dan Datuk Seri Najib tidak memberi peluang kepada Mahathir dengan mengatakan bahawa Mahathirlah dalang kepada fitnah tersebut.Apa kata Mahathir sekarang? Jika tidak benar kata-kata Datuk Seri Najib itu,Mahathir boleh menyaman Datuk Seri Najib semula dan penulis yakin Datuk Seri Najib sudah bersedia untuk mendedahkan maklumat yang mengaitkan Mahathir dengan fitnah yang disebarkan WSJ dan Sarawak Report itu.

Malah silap-silap,ia adalah Mahathir juga yang menjadi dalang kepada semua fitnah yang disebarkan terhadap beliau kebelakangan ini termasuk dokumen palsu yang disebarkan Xavier Andre Justo. - SMDTG

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Hebatnya Najib, apa yang dia tuduh, tak perlu bukti..mesti betul..

Hakikatnya sekarang, apa yang dia cakap, benda betul pun, rakyat sudah tidak percaya...

Janganlah buat lawak walaupun perut dah lapar..

Anonymous said...

Kamu ni bercakap guna akai ka guna kepala lutut? melalut tak tentu hala,kononnya Mahadhir tak ada akses.Yang kamu dok cakap merapu tu kamu ada akses yang jelas ka??..kalu kamu sekadar dok cedok berita tak tentu hala dari orang lain ,aku rasa baik kamu diam dari dok buat dosa kering pada bulan ramadhan ni.Kalau nak jadi blogger,jadilah blogger yang cedek yang boleh memberi manafaat kepada siapa yang kamu sokong ,jangan lah kamu menjadi sokong yang membawa rabah.Dari penulisan kamu orang sudah boleh tahu siapa kamu....ingatlah sudah2lah kamu menjadi batu api.

Anonymous said...

Kenapa setiap blogger yang membela nasib pemimpin Melayu Islam akan dihina dan diperlekehkan?

Ya Allah, lindungilah pemimpin2 Islam yang diserang bertubi tubi oleh puak2 kafir DAP dan pengikut2 kafir DAP.

Amin.

 
 
Blogger Templates