Saya bukan Zahra (Nama anak saya ya, iaitu Azalia Zahra)
1. Dia kata umur dia 23 tahun dan pemegang ijazah tempatan serta sudah hampir 2 tahun bekerja.Maksudnya dia habis belajar umur 21? Universiti mana ni? Dari SPM sehingga habis pengajian ijazah, sekurang-kurangnya mengambil masa antara 4 sehingga 5 tahun.
2. Gaji besar sebaik habis belajar? Siapa yang kata ni? Umur pun baru 23 tahun.Statistik di KWSP sendiri menunjukkan sebahagian besar pencarum bergaji dibawah RM5,000. Ini yang dah kerja berpuluh tahun.Masa untuk bergaji besar akan tiba seiring dengan peningkatan kerjaya. Yang penting kerja kuat dan cari peluang di kompeni lain yang lebih baik skim pengajian dan faedahnya.
3. Ibarat kais pagi makan pagi? mengemis? Betul ke ni Zahra? real betul punya miskin ni.
4. Bila hujung bulan poket kosong baru hendak naik LRT? Entah apa dosa LRT pada dia sampai dia tak nak naik LRT setiap hari.
5. Sewa bilik RM500 dan berhimpit sampai 8 orang serumah. Maksudnya RM500 x 8 = RM4,000. Kau duduk rumah mana ni Zahra? Sudahlah hidup ibarat kais pagi makan pagi tapi ada hati nak sewa rumah RM4,000 sebulan.
6. Hutang pendidikan masih ada? biasalah.Baru habis belajar 2 tahun kan? orang yang dah habis belajar 10 tahun pun ramai yang berhutang lagi. Kau tak tau lagi hutang rumah nanti macam mana, sampai mampus nak membayarnya.
7. Kau expect apa ni Zahra? Nak harap kerajaan dan orang lain tolong? ini mentaliti tongkat. Cuba pekena cerita House of Cards, Frank Underwood kata you're entitled to nothing! Ke balik rumah sibuk tengok cerita jam 7 petang tu? Merungut sangat kerjanya ni mesti hidupnya terlalu serius dan tak pekena cerita berprestasi tinggi macam Game of Thrones. Kah kah kah.
8. Kena kahwin dengan lelaki kaya untuk keluar dari kemelut ini? Macamlah ada lelaki kaya yang nak kahwin dengan dia yang tak kompeten ni. Tau merungut je. Kalau depan Timbalan Perdana Menteri pun dia boleh merungut, apatah lagi depan suami nanti.
9. Mula-mula kata masa depan kelam lepas tu kata esok masih ada? Mana satu ni Zahra. Nampak sangat terlalu keskripan.Adakah Zahra hanya maskot dalam kempen Saya Zahra oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu?
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
6 comments:
citer apa pula ni...
mana citer rosmah !!!!
jangan lupa 1MDB tidak dilupakan...tok sah dok kona citer ;ain pula
Aku dulu pun mula keje gaji seribu lbh jer, pakai motor yamaha 100 sport 2nd, tu lah motor yg aku lenjan wat balik kg jengok mak, dlm 200km hampir tiap tiap minggu. Terus beristiqamah, berdisiplin, kerja dgn jujur, ikhlas insyaAllah diberi kemudahan dan kelapangan oleh Allah swt. Skrg Alhamdulillah, gaji dah 5 angka.
Anak kawan aku sorg tu, mula keje pun dlm 2 ribu aje, mula keje biasalah mcm mcm masalah, selalu aku nasihat, sabor ajela, keje dgn ikhlas, jujur, skrg dah 5,6 tahun keje dah boleh dpt 7,8 ribu sebulan, bnykkn sabor, keje baik baik, insyaAllah dipermudahkan rezeki.
Apa ceritanya `kiasan' dalam video diatas dan celaan terhadap video tersebut,kita kena lah terima hakikat, barang dan perkhidmatan semakin mahal, harga rumah semakin naik.Kalau dulu sebelum usia 30an sudah dapat beli rumah.......sekarang??
seeking for cheap publicity...baru kerja dah nak berlagak macam orang dah setabil kerja..budak zaman sekarang..usaha malas, nak hidup mewah...usaha lah, kita orang tua tua yang bergaji lima angka ni pun berusaha nak sampai ke situ...bukan keluar univetsity setahun dua dah nak dapat semua..usaha macam mana orang bangsa lain berusaha...
Anak melayu asyik merungut saja manakala bangsa sibuk mengejar kejayaan.
hakikatnya fakta #sayazahra mmg realiti pasa masa skrg walaupun mungkin ditokok tambah berkenaan dirinya. hakikatnya pemimpin besar perlu buat sesuatu yang lebih baik. kalau tak boleh buat yg lebih baik, letak jela jawatan tu.
#sayaAnonymous, saya sayangkan malaysia.
Post a Comment