Social Icons

Pages

Friday, July 10, 2015

EKSKLUSIF !!! SIAPA YANG SEBENARNYA LEBIH TABAH DAN KUAT ??? PM DS @NAJIBRAZAK ATAU #TUNMAHATHIR ???


Saya teringat pada zaman Tun M memerintah.Semasa pemecatan Anwar,saya masih seorang mahasiswa di Universiti Malaya.Rata-Rata rakyat marah kerana Anwar,seorang yang begitu berpengaruh boleh dibuang begitu sahaja oleh Tun.Cacian terhadap Tun dan keluarganya tidak putus-putus.Anwar berkempen dengan melakukan road show di seluruh negara bagi menyampaikan suaranya dan juga menghasut rakyat.Pada zaman itu,semua media dikuasai oleh kerajaan.Media alternatif yang ada pada ketika itu mungkin web Mahazalim tripod.Tidak semua rakyat mempunyai capaian internet utk mengikuti web ini.Kami mahasiswa yg berada di Universiti Malaya juga menghadapi kesukaran utk mendapatkan informasi gerakan Reformasi dan Barisan Alternatif. 

Internet hatta di bilik komputer kolej dan library juga dipantau dan laman-laman seperti Mahazalim itu tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya.Kami terpaksa membeli kaset-kaset roadshow Anwar di Kedai Pak Din Hanco dan kedai Pak Amjal berdekatan Masjid Ar Rahman untuk mengetahui suara pembangkang.Akhbar Harakah yang penerbitannya 2 kali seminggu asalnya disekat oleh Tun kepada hanya 2 kali sebulan penerbitannya.Jadi kami cuma dapat informasi Harakah setiap 2 minggu utk berita basi.Pemimpin pembangkang dan pemimpin UMNO pro Anwar diangkut dan disumbat ke dalam ISA utk menutup mulut mereka.Kakitangan awam yang mengkritik PM merasa takut akan tindakan tatatertib.Sama ada ditransfer,dibekukan atau di ambil tindakan disiplin.Itu sedikit gambaran apa yg berlaku. 

dan naturally,bila kami balik ke kampung,orang kampung rata-rata tidak tahu apa yang berlaku di luar sana.Seruan reformasi adalah sangat asing utk mereka.Zaman DS Najib pula amat berbeza.Informasi bergerak viral.Satu klik saja ratusan ribu likes dan shares boleh berlaku tanpa menghiraukan ia fakta benar atau fitnah.Informasi berada pada petikan jari.Hatta kanak-kanak sekolah kini memakai smart phone.Orang-orang yang mengkritik Perdana Menteri bebas merdeka hatta mereka adalah penjawat awam yang memaki hamun PM di facebook dan media sosial yang lain.Sudah tidak ada lagi ISA bagi mewujudkan kerajaan yang lebih demokratik.Namun,dalam keadaan seperti itupun,dengan segala asakan dari dalam dan luar negara serta fitnah dan persepsi yang tidak pernah terbukti,PM kekal mentadbir kerajaan dan mengekalkan kuasa.

Saya tidak pasti jika ada mana-mana pemimpin Malaysia sama ada yang hidup atau meninggal dunia yang mampu bertahan dan melakukan seperti DS Najib jika mereka mewarisi kepimpinan pada zaman ini. 

Dr Abd Rahman Abd Kadir

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

Mahathir yg di bantu oleh ISA ,OSA Akta Hasustan polis yg garang,BPR yg tidak bergigi tapi boleh tewas akhirnya hanya dgn Laman Mahazalim dan Mahafiraun.Sekarang PM Najib belum tewas walau pun WSJ dan Serawak Report masuk campur,ISA sudah tiada,Polis yg cukup bertolak ansur,SPRM yg cukup handal menyiasat,langit yg benar-benar terbuka,Mantan tua yg masih gila kuasa. Siapa yg hebat?.

Anonymous said...

Anon,jawapannya Najib la bro.hahahaha

Anonymous said...

Buat apa dok tayang cerita yang dah basi tu? dah kehabisan modal ko??....ampu jangan tak ampu....

Anonymous said...

caya la PM ku DS Najib.teruskan perjuangan anda.kami rakyat malaysia bersamamu :-)

Anonymous said...

Anon 4:58 PM, kau ni bersihkan la hati. Apa jasa pembangkang terutama PAS masa arwah Nik Aziz berkuasa di Kelantan. Apa pula bekas banduan Anwar Ibrahim & Lim Guan Eng buat untuk rakyat. Si tua komunis Lim Kit Siang apa dia buat pada orang Melayu & ugama Islam. Masa arwah Nik Aziz, Ladang Rakyat apa dah jadi? Sekarang pembangkang cuba menyorok kelemahan mereka bila tadbir Selangor, Pulau Pinang & Kelantan (Kedah /Perak) di mana rasuah lagi teruk. Jadi mereka bersekongkol dengan orang luar mencipta fitnah agar rakyat Malaysia membenci Kerajaan BN. Ini bukan mengampu. Tapi kenyataan bila sembahyang hajat dan doa pecah perut di Shah Alam untuk kebebasan Anwar Ibrahim berbalik pada PR yang sekarang berpecah-belah. Si kafir DAP menggunakan Melayu untuk dapatkan kuasa. Bagaimana PAP menggunakan Othman Wok bekas pemuda UMNO membuat huru-hara di Singapura menghasut ketua kampung berdemo di Padang di tengah bandar Singapura.

 
 
Blogger Templates