Social Icons

Pages

Saturday, July 11, 2015

KANTOI !!! PERLETAKAN JAWATAN KHAIRUL #SUKAGUAM SATU KONSPIRASI #TUNMAHATHIR ???


Semua pengikut buta tuli Mahathir melihat perletakan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Johor merangkap Ketua Pemuda Kluang,Khairul Anwar Rahmat macam perkara besar yang boleh membawa keretakan dalam UMNO yang dipimpin Datuk Seri Najib.Kononnya perletakan jawatan ini petunjuk kepimpinan Datuk Seri Najib sedang ditolak ahli-ahli UMNO.Hakikatnya,ada lebih 7,000 pemegang jawatan UMNO di peringkat bahagian dan berpuluh ribu lagi di peringkat cawangan,dengan apa cara perletakan jawatan satu orang ini boleh menjejaskan UMNO dan Datuk Seri Najib? Nampak sangat Mahathir dan pengikutnya begitu terdesak untuk melihat haru biru berlaku dalam UMNO supaya kalau itu berlaku,mereka boleh mengambil kesempatan dengan meletakan boneka Mahathir sebagai Presiden dan seterusnya Perdana Menteri. 

Maka itulah satu perletakan jawatan ini pun dianggap macam besar sangat dan boleh menggegarkan politik UMNO diseluruh negara.Sebetulnya kalau diberi pilihan,penulis sebenarnya lebih cenderung untuk mengatakan bahawa perletakan jawatan Khairul ini adalah satu konspirasi terancang antara dia dan Mahathir dalam usaha memberi persepsi negatif terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib.Melihat kepada penganjuran program dialog "Nothing To Hide" anjuran Khairul yang lebih cenderung untuk melaga-lagakan Mahathir dan Datuk Seri Najib dari memberi peluang kepada NGO untuk berdialog dengan Perdana Menteri,kebarangkalian ini tidak boleh diketepikan sama sekali.Bukan rahsia,Mahathir sendiripun telah menjelajah ke seluruh negara,bertemu dengan kepimpinan UMNO untuk memujuk mereka menyertai gerakannya menumbangkan Datuk Seri Najib.Sebab Mahathir tahu,selagi UMNO kuat dibelakang Datuk Seri Najib,tidak ada siapa boleh menumbangkan beliau. - SMDTG

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

9 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Hahahaha Mahathir bergantung dan untung besar apabila Dato Khairul letak jawatan !!!!

Dah sewel agaknya penulis ni. Dato Khairul nak letak jawatan ke atau tidak, nak terjun gaung kebtidak..itu urusan dia...nasalah dia dengan Najib.

Fokus tetap 1MDB..
SUDAH TUDAK ADA HARAPAN UNTUK NAJIB JEKAL...

Anonymous said...

Artikel ini mengesahkan bahawa penulis blog ini sememangnya BADUT yang bahlol...

Anonymous said...

Masalahnya blongang banggang ni pura2 buat tak nampak bala yang sedang menimpa Najib...hei, aku nak tolong ingatkan kau ketahuilah bahawa Najib sedang ditolak rakyat sekarang,disebabkan oleh pencacai seperti kau nilah yang telah membawa malang kepada DS Najib...kesian...kesian..

Anonymous said...

... betul juga... selagi UMNO dibelakang Najib.. selagi itu lah Mahahthir tidak boleh tumbangkan Najib..dan selagi UMNO menjadi tonggak BN.. selagi itulah BN akan terus memerintah.. apa2 pun kecuali ada pilehanraya tergempar dalam masa terdekat, selagi itu lah BN akan terus berkuasa sehingga ditentukan oleh pengundi dalam PRU14 yang mengikut jadual boleh berlaku tahun 2018.. jika Mahathir masih hidup masa itu umur dia pun sudah 93 tahun... itu pun jika dia masih hidup dan bertenaga lagi... dalam tempoh 3 tahun macam2 boleh berlaku.. mungkin 1MDB & GST rupanya adalah sesuatu yang baik, atau mungkin masa tersebut orang sudah lupa pun isu ini kerana rupanya lebih banyak manfaat dari mudhorat.. dalah hal ini.. kita akan dapati pentaksub Mahathir dan distractors punya trend serupa.. buat kecoh lebih.. kelentong lebih..lepas tu.. hampeh.. macam juga cerita Bersih 1, 2 & ntah apa ntah lagi.. semua gagal.. dan yang ini sekarang pengundi sudah nampak...

Anonymous said...

..cakap pasal bala yang kununnya akan menimpa Najib... dari cerita dongeng Altantuya 2008 sampai hari ini.. sudah macam2.. sudah 7 tahun tuuu... tetapi.. Alhamdulillah.. Najib masih PM.. ekonomi masih seperti biasa.. negara lebih aman dari zaman dia ambil alih jawatan PM satu ketika dulu.. bila dikaji secara mendalam.. mungkin Najib 1000x lebih baik berbanding dari apa yang ditohmah oleh para parasit negara..termasuk tohmahan seorang orang tua nyanyuk yang gila kuasa tu.. hehehe..

Anonymous said...



Apabila pulang kampung atau berjumpa saudara mara pada hari raya ini maka topik perbualan yang diutamakan adalah menyebarkan pentingnya "Najib wajib letak jawatan!"

Jika mereka bertanya kenapa?
Maka jawablah; Najib sudah tidak layak mentadbir kerana pentadbirannya telah tercemar dengan pelbagai skandal, bala dan malapetaka yang menimpa rakyat dan negara Malaysia. Maruah agama dan bangsa kita tercabar, diperkotak katik oleh pemikiran liberal terlampau Najib!

Sebagai contoh; GST, skandal 1MDB,Kenaikan harga barang, kawalan harga minyak yang membebankan dan menyusahkan malahan rakyat tidak boleh berbelanja (bukan sakan) seperti zaman Tun Mahathir. Bala dan malapetaka terlalu kerap dibawah pentadbiran Najib seperti Banjir, insiden lahad datu, kapalterbang terhempas dan sebagainya. Perlakuan dan tindak tanduk DS Rosmah menambahkan lagi pelbagai masalah bertingkat tingkat sebagai contoh, majlis perkahwinan anaknya, bunga hanya untuk yang terpilih, apa pula rakyat marhaen dapat faedahnya? Kenapa pula Najib membela dan menjaga hati kaum cina, mempersoalkan agama islam dan penyebaran agama evangalista yang tidak terkawal dan berleluasa? Kenapa ISA dihapuskan? Kenapa Najib perlu kowtim dengan singapura?

Yakinkan mereka; bahawasanya rakyat hanya mahukan kepimpinan diubah dan bukan pula umno mahupun BN. Pengganti beliau tidak semestinya TS Muhyidin, terdapat ramai lagi calon yg berkelayakan. Pemberian BR1M tetap diteruskan tetapi diutamakan adalah kepada kaum melayu, bumiputra dan yang benar2 memerlukan.

Yakinkan lagi kepada mereka; Bahawa yang utama adalah perjuangan, kepentingan alif ba ta dan maruah, perpaduan ummah dikalangan kaum melayu dan bumiputra terpelihara.

Ingatlah Saudara dan saudariku,
Sematkan dihati masing2 bahawasanya perjuangan kita bukanlah kerana ingin mendapatkan habuan dan laba , tetapi adalah ikhlas demi masa depan anak2 kita dan sudah pasti demi alif ba ta!

Kepada bloger chai upahan ahjibgor,
Bertaubatlah, kembalilah ke pangkal jalan tinggalkan ahjibgor tu, mohon maaf kepada Tun Mahathir dan seluroh rakyat marhaen malaysia.mohon maaf secara rambang di hari raya di blog masing2 , kosong2 dan sebagainya adalah tidak terpakai dan tidak di terima, kerana kamu diupah, dibayar untuk melindungi pemimpin yang tercalar, tidak bersih, tidak cekap dan tidak amanah!

Anonymous said...

.. ini apa merepek nie.. siapa upah siapa.?... tak habis2 cerita upah.. dari balik raya sebar fitnah yang empunya badan pun belum tentu sohih beritanya.. kan baik kita balik kampung mengiratkan silaturahim sesama seagama.. cerita baik2.. cakap baik2.. dari merapu fitnah PM tanpa bukti sohih..tak kan nak cerita bala banjir lumpur di Kelantan kerana Malaysia punya PM nama Najib... budak kecik yang sekolah pun tahu, banjir lumpur kerana ada hutan kena tebang di hulu sungai...

Anonymous said...

Anon 3:37...kalau nak nasihat fasal jangan fitnah, nasihatlah cara Islam, bukan nasihat cara orang kafir, bukan nasihat cara mendewakan individu.

Jangan fitnah kepada sesiapa sahaja, jangan fitnah Khairul, jangan fitnah Mahathir, jangan fitnah Najib....

Kalau mengkritik Najib sahaja dianggap fitnah itu ajaran bapak kau.

Labu8455 said...

Semua pengikut buta tuli dan anjing anjing Najib termasuklah siBadut Bahlol ini akan "terperangkap" tidak lama lagi - mari kita tunggu dan lihat tidak lama lagi ianya akan berlaku.....

 
 
Blogger Templates