Baru-baru ini Maria Chin Abdullah mengistiharkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah menerima sumbangan dana lebih daripada RM1.5 juta.Kononnya sambutan rakyat amat menggalakkan sehingga mereka mendapat dana yang cukup untuk menganjurkan demo haram jalanan mengikut acuan pembangkang.Walaubagaimanapun pihak penganjur demo haram jalanan tersebut iaitu Bersih2.0 tidak mendedahkan dari mana sumber sebenar derma tersebut.Sebelum ini mereka dikatakan menerima jumlah yang agak besar juga untuk membiayai aktiviti demo jalanan haram ini yang diadakan hampir setiap tahun.Apa yang cuba mereka gambarkan kononnya rakyat Malaysia menyokong demo jalanan yang mereka anjurkan walaupun pada hakikat sebenarnya ia lebih merupakan tindakan yang cukup tidak bertanggungjawab untuk mengganggu ketenteraman awam rakyat Malaysia yang lain.
Selain daripada itu juga,penganjur cuba meraih populariti dengan mengadakan himpunan jalanan ini serentak di Kuala Lumpur,Kuching,Kota Kinabalu dan serata dunia kononnya walaupun jumlah yang terlibat di tempat-tempat yang dinamakan itu tidak lebih pun dari sepuluh orang.Mereka sekadar mengambil gambar kononnya mendapat sokongan dari pelbagai tempat.Menurut sumber,penganjur dikatakan menjangkakan demo jalanan haram 4.0 kali ini akan disertai oleh lebih setengah juta orang.Untuk makluman,pada zaman demo jalanan berada dikemuncak dahulu pun,penyertaan lebih kurang 80,000 orang sahaja selepas mengambil kira kapasiti stadium merdeka dan jalan-jalan disekitar stadium tersebut.Namun seperti biasa,mereka akan sentiasa menokok tambah sebanyak mungkin dalam usaha mengambarkan betapa hebatnya demo jalanan atau lebih tepat lagi pemberontakan oleh golongan yang didokong oleh pembangkang ini.
Beberapa hari yang lepas,Pengerusi NGO Bersih 4,Datuk Jamal Yunos telah menganjurkan himpunan BERSIH 4.0 yang betul-betul bersih.Menurut beliau BERSIH yang dicadangkan oleh Pengerusinya Maria Chin Abdullah,itu adalah satu BERSIH yang kotor dan berniat jahat untuk menghasut rakyat turun ke jalan raya untuk menjatuhkan kerajaan.Manakala Kempen Bersih 4 pada 2012,yang telah dimulakan oleh Jamal pula untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan rakyat.Kalau diimbas kembali sejarah BERSIH 1, 2.0 dan 3.0 tidak ada satu bukti pun yang menunjukkan kempen BERSIH yang diilhamkan oleh pembangkang itu bermanafaat.Jamal juga mencabar pihak pembangkang mengemukakan bukti bukannya sekadar pandai bercakap bohong dan menghasut rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rasuah.Sebenarnya majoriti rakyat Malaysia tahu betapa munafiknya penganjuran demo jalanan Bersih 4.0.Mereka berpegang kepada penipuan dan pembohongan sehinggakan mereka percaya kepada berita palsu mereka sendiri.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
5 comments:
Polis mesti siasat Bersih terima duit gitu banyak. Sebab Ketua Setiausaha Kmenterian Dalam Negeri (Pendaftar Pertubuhan di bawah nya) kata dulu semalam bahawa Brersih tak berdaftar apa pun.
Oleh itu, mungkin 2 kali haram - 1. tak daftar 2. terima wang tak tau atas nama siapa dan siapa kasi. RM1.5 juta bukan sikit. Curiga tuh.
Satu gerombolan (apa lagi nak panggil diorang yang tak berdaftar?) yang tak indahkan Polis kata himupnan yang di rancang nya itu haram, nak lawan Polis, tak peduli apa, dapat duit demikian banyak itu bahaya.
Bahaya kpd keselamatan dan ketenteraman negara. Bermakna mana saja gerombolan, termasuk penjahat, boleh buat demikian dan mengancam, merosakkan kestabilan negara.
Nyata niat jahat Bersih -
1. tak bedaftar di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan
2. tak ada tujuan yang tetap, boleh bertukar tukar, bila bila masa - tak macam kalau berdaftar, mesti tujuan nya bertulis dan di setujui dan di luluskan dek Pendaftar
3. tak ada senarai yang di akui dek Pendaftar orang2 yang memimpin mereka, tak ada rekod bertulis siapa dia, apa latar belakang mereka, jenis yang bertanggung jawab ke tak. Tak kisah lah banyak loyar, kita tahu ada loyar yang penjenayah, yang di tuduh membunuh Sosilawati pun ada
4. sekarang hampiir semua isu parti parti politik di dokong mereka. Tapi mereka tak berdaftar sebagai parti politik pun.
Jadi, ini Bersih perlu di haramkan selama lama nya - bukan rancangan mereka berdemo jalanan saja yang di haramkan, tapi sluruh nya di haramkan. Nampak nak jatuhkan kerajaan melalui demo jalanan macam Arab Spring tuh. Bahaya. Tak boleh di biarkan.
Bahaya tuh, depa nak keras kepala, sekarang dah ada kumpulan anti-Bersih baju merah nak keluar 30,000 orang kalau orang Bersih jadi keluar di hujung minggu tuh.
Takut apa apa berlaku, jadi tempuran perkauman pulak.
Sepatut nya tangkap pemimpin Bersih jika dah dekat masa nya mereka masih tak umumkan kensel rancangan demo jalanan tuh. Macam pernah di buat dek Polis dulu.
Rakyat kebanyakan nya mesti sokong penuh jika buat gitu.
DAP kata nak keluarkan 10,000 orang ke himpunan Bersih -
DAP to deploy 10000 members for Bersih 4 rallies nationwide
Malay Mail Online
Post a Comment