Social Icons

Pages

Saturday, September 05, 2015

FAKTA !!! JET PEJUANG DAN KAPAL PERANG !!! DS @HISHAMMUDDINH20 !!! PEDULIKAN CAKAP #PEMBANGKANG !!!


apa yang saya minta ni diharap tidak keterlaluan.kepada Datuk Seri Hishammuddin,saya minta sangat-sangat agar pihak dari Datuk Seri dan kerajaan tidak bertangguh lagi dalam soal pemilikan aset perang seperti LHD (Landing Helicopter Dock) dan jet pejuang Rafale yang dirancang untuk menggantikan MIG 29N yang statusnya masih tidak dapat dipastikan sekarang ini.Ada kata akan dinaik taraf ke siri M – sama macam versi SMT diguna Rusia,India dan Algeria yang lebih tinggi keupayaannya dari versi yang kita gunakan sekarang.Mana-mana pun,penting untuk tahu bahawa jet itu sudah lebih 20 tahun penggunaan.saya faham semua itu memerlukan kewangan yang banyak tetapi itu semua menguntungkan kerajaan Malaysia

Datuk Seri Ingat tak dulu Tun Mahathir beli jet itu dari stok yang tidak jadi dibeli oleh negara lain dalam gudang simpanan Russia.Berapa lama jet itu diam terletak saja dalam gudang itu masih kita tidak tahu.Kalau jumlah lama dalam gudang itu diambil kira,maka usia MIG 29 kita tu mungkin lebih panjang.Nasib baik usia jet pejuang diambil kira dari jumlah jam penerbangan,bukan beberapa lama ia dibina dan disimpan sebelum digunakan.Yang penting tentera kita perlu aset baru untuk perkukuh pertahanan negara.TLDM umpamanya,kapal-kapal perang yang ada sekarang ni,tolak frigat kelas Lekui dan Korvet kelas Kasturi yang baru naik taraf bawah program SLEP,dah cecah lebih dari 20 tahun usianya,sampai 40 tahun pun ada.Jadi kena beri keutamaan kepada platform LHD ini sekalipun program 6 kapal perang SGPV Frigate kelas Gowind sudah bermula dan dijangka sampai beberapa tahun dari sekarang. 

Selama mana tentera kita nak guna kapal tangki (Auxiliary ship) sumbangan MISC yang diubah suai sebagai pengkalan terapung? Perolehan LHD kelas Mistral ini juga bakal menambahkan lagi aset helikopter TLDM,yang sekarang bergantung sepenuhnya kepada 12 buah helikopter jenis Super Lynx dan Fennec.Helikopter bukan boleh pergi jauh macam jet pejuang,jadi platform terapung macam LHD kelas Mistral ini sangat penting.Dengar sangat cakap pembangkang ni,apa benda pun tak jadi Datuk Seri,bila berlaku pencerobohan asing,yang disalahkan kerajaan dan tentera,tapi bila nak beli aset baru,semua mereka bangkang.pembangkang hanya pandai bermain isu bagi meraih sokongan undi sahaja tanpa memikirkan kesan terhadap keselamatan jangka panjang negara.ini semua adalah aset keselamatan negara.saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau permintaan saya ini melampau.sebagai rakyat malaysia,kami sayangkan malaysia dan kami inginkan keamanan negara yang tercinta ini 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates