Social Icons

Pages

Thursday, October 29, 2015

#1BESTARI !!! KERANA TAN SRI #MUHYIDDINYASSIN #TSMY PUNCA #GURU SOKONG #PAKATAN #PEMBANGKANG ???


seperti yang pembaca badut rakyat ketahui,antara pembaharuan yang diperkenal Tan Sri Muhyiddin Yassin bila mengambil alih jawatan Menteri Pendidikan pada 2009 ialah memperkenalkan sistem 1Bestari.Net..Perinciannya tidak perlulah diterangkan,boleh cari sendiri,cuma nak disebutkan sistem ini telah membebankan guru-guru di seluruh negara.Mengajar pun kena buat,dalam masa yang sama,guru-guru juga perlu membuat kerja kerani seperti memasukkan data pelajar ke dalam sistem tersebut.Tujuan tu memang baik tapi masalahnya infrastruktur tidak lengkap lagi.Ramai guru mengeluh kerana sistem ini memakan masa mereka akibat talian yang sibuk bila terlalu ramai guru nak memasukkan data pada masa yang sama. 

Ironinya,penyedia perkhidmatan bagi sistem ini adalah kroni Mahathir,tuan baru Muhyiddin sekarang.Lama-kelamaan,keadaan ini telah menyebabkan guru-guru membenci kerajaan kerana dilihat cuba menyusahkan mereka dan seperti mana biasa bila rasa dah tak boleh nak minta tolong sesiapa,para guru-guru ini mengalihkan perhatian kepada pembangkang untuk mendesak kerajaan,bukan sebab sokong pembangkang sangat pun.Maka itu,institusi perguruan yang dulu terkenal menghasilkan pemimpin hebat UMNO seperti Tan Sri Isa Samad dan lain-lain,akhirnya bertukar menjadi lubuk pembangkang.Lebih teruk lagi ada yang mengambil peluang memburukkan kerajaan dalam masa yang sama,terhasillah generasi kurang ajar yang ramai kita lihat hari ini.Semuanya dipercayai ada kaitan dengan kemarahan para guru akibat sistem 1Bestari.Net yang Muhyiddin perkenalkan. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesahkan bahawa sistem ini gagal walaupun berbilion ringgit telah dihabiskan untuk tujuan tersebut. Malangnya sehingga kini,kita tidak pernah mendengar Muhyiddin tampil ke hadapan PAC untuk memberikan penjelasan,sekalipun dialah antara yang begitu prihatin dalam isu 1MDB – yang juga sekarang berada di bawah siasatan PAC.

Nasib baik tindakan bijak Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Datuk Seri Mahadzir Khalid sebagai Menteri Pendidikan yang baru bagi menggantikan Muhyiddin telah mula menampakkan sinar untuk para guru-guru.Cadangan Mahadzir agar kerajaan memperkenalkan jawatan pembantu guru,dilihat baik dan jalan keluar kepada dilema yang dihadapi golongan pendidik.Dalam masa yang sama,sistem yang menelan billion RM wang rakyat ini tidak perlu dibuang cuma perlu penambah baikan, terutama bahagian infrastruktur talian itu.Mungkin penyedia perkhidmatan sekarang perlu diganti dengan yang lebih berwibawa seperti TM dan sebagainya.Kenapa Muhyiddin bagi pada syarikat kroni Mahathir ini dulu, sudah tak jadi tanda tanya lagi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates