Social Icons

Pages

Wednesday, October 14, 2015

FAKTA !!! ADAKAH TAN SRI #MUHYIDDIN SEDAR APA YANG DILAKUKAN SELAMA INI ???


saya yakin,ramai yang masih ingat pada ikrar Timbalan Presiden UMNO,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan kesetiaannya pada parti dan sedia menjalankan tugas beliau untuk memperkukuhkan kepimpinan parti walau digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO.Sebagai Timbalan Presiden UMNO,saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO,” itulah kata-kata Muhyiddin ketika itu…

saya akui bahawa penulis adalah antara mereka yang merasa lega dengan ikrar Muhyiddin tersebut.ketika itu saya berterima kasih pada Allah kerana Muyiddin tidak mengikut jejak langkah Mat Sabu atau Ku Li apabila berkonflik dengan ‘bos’ mereka.Malah penegasannya tentang komitmen untuk memperkukuhkan UMNO dan kepimpinan parti itu dilihat satu kenyataan yang bersifat ‘noble’ pada pandangan saya.Tidak terlintas langsung difikiran saya bahawa Muhyiddin akan ‘curang’.Naif benar saya tentang beliau.Malangnya,tidak sampai pun 4 bulan,Muhyiddin telah membuktikan ‘kesetiaan’nya pada kepimpinan parti.Mengkritik secara terbuka tanpa mengikut saluran yang betul turut membuktikan bahawa beliau sedang ‘memperkukuhkan’ parti.


Hadir bersama rakan senasibnya,Datuk Seri Shafie Apdal dan mereka-mereka yang mahu menjatuhkan Presiden UMNO,Datuk Seri Najib,tiada langsung riak wajah bersalah pada mukanya.Yakin benar beliau,kononnya berada dipihak yang ‘benar'.Pada pandangan saya,‘benar’ apanya jika menuduh sana sini,menabur tohmahan keliling negara dengan berpandukan maklumat ‘bocor’ yang telah diubah suai ??? Benar apanya jika dihati diselubungi dendam kesumat yang ‘ditiup’ syaitan ??? Perjuangan apa jika niat dihati berbau busuk untuk menjatuhkan rakan seagama sebangsa separti sendiri sedangkan beliau punya saluran yang lebih baik ??? Apakah benar seseorang itu bila beliau berlaku curang ??? Kononnya atas kepentingan rakyat,sedangkan semua tahu bahawa sekiranya Datuk Seri Najib dijatuhkan maka beliau akan naik ‘takhta’ duduk di kerusi Perdana Menteri.Perlu saya ingatkan pada beliau bahawa zaman ini bukan zaman Pak Lah.Lebih utama,Datuk Seri Najib tidaklah selemah Pak Lah untuk dijatuhkan dengan modus operandi yang sama.Apakah Muhyiddin sedar bahawa mengkritik Presiden parti secara terbuka,duduk bersekongkol dalam sidang media yang bertujuan memburuk-burukkan Presiden dan bermatlamat menjatuhkan Presiden itu maka ia adalah satu tindakan memperkukuhkan kepimpinan UMNO dan mengembalikan keyakinan rakyat pada parti ??? Apakah Muhyiddin yakin bahawa tindakannya itu beretika dari sudut prinsip kepartian dan bergerak dalam satu barisan jemaah yang bersatu hati ??? Atau sebenarnya hati Muhyiddin sedang mengintai kerusi Presiden yang sedang dihuni Datuk Seri Najib ???


Jika benar itulah niat sebenar Muhyiddin,saya mencadangkan supaya beliau berterus-terang pada semua ahli UMNO dan umumkan bahawa beliau akan mencabar Datuk Seri Najib di kerusi Presiden pada pemilihan parti yang akan datang.Senang cerita.betul tak pembaca Badut Rakyat ??? Tidak perlulah bersusah payah mencari idea untuk berdolak-dalik lagi selepas itu.saya memohon maaf secara terbuka sekiranya Tan Sri Muhyiddin terguris hati dengan penulisan ini.Namun selaku penulis blogger dan mementingkan institusi UMNO dan agenda memperkukuhkan parti melebihi dari kepentingan peribadi pemimpin,saya perlu sedarkan tentang tindakan Tan Sri yang kelihatan seperti benar,tapi sebenarnya bertentangan dengan ikrar Tan Sri itu.Lagipun,saya yakin bahawa usia Tan Sri Muhyiddin belum lagi mencecah 90 tahun untuk berlaku nyanyuk.Kalau nyanyuk,bolehlah saya abaikan tindakan tersebut kerana mengambil kira tahap usia yang mudah lupa itu.Semoga Tan Sri diberi kesedaran sewajarnya, inshaallah…

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates