Social Icons

Pages

Thursday, October 08, 2015

KANTOI !!! #TUNMAHATHIR PERASAN 'LEBIH SUCI DAN MULIA' DARI PM DS @NAJIBRAZAK ???


Hanya disebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk bersuara dan bertindak untuk menjatuhkannya pada zaman pemerintahan yang dianggap gemilang sangat tu,Mahathir terus merasakan bahawa dirinya lebih telus dan suci dari Najib.Ini kerana atas dakwaan Mahathir kononnya Najib seperti tidak pernah membiarkan atau membenarkan pihak lain untuk bersuara atau tunjuk perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinannya sekarang ini. 

“Saya tidak larang mereka berkempen di kalangan ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli UMNO tidak dilarang oleh saya menghadiri kempen mereka.Bahagian-bahagian UMNO menjemput mereka untuk merasmikan mesyuarat bahagian dan mereka berkempen semasa perasmian dan di masa-masa lain,” ujarnya. Mungkin apa yang Mahathir maksudkan ialah semasa Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam bertindak hendak menjatuhkannya dari jawatan presiden UMNO yang disandangnya dahulu.Dia juga merasakan bahawa dirinya tidak pernah menghalang mana-mana pihak yang ingin menentangnya.Yeke?? Najib pun takde jugak menghalang mana-mana pihak yang ingin bersuara dan menentangnya.. So apa yang membezakan Mahathir dengan Najib?? 

Mungkin Mahathir ni tak puas hati kot sebab walaupun dia aktif mengkritik dan mendesak supaya Najib letak jawatan tapi takde sorang pun layan.. Sokongan ahli UMNO kepada Najib pulak lebih gah jika dibandingkan pada zaman Mahathir.Maybe sebab tu la dia cemburu sangat dan terus mengaku zaman pemerintahannya lebih telus dan suci dari Najib. - UN

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates