Social Icons

Pages

Wednesday, June 29, 2016

EKSKLUSIF !!! #ROMBAKANKABINET !!! JAWAPAN SEBENAR KENAPA DS AHMAD HUSNI BERUNDUR DIDEDAHKAN !!!


Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat spekulasi berhubung peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam UMNO dan Kabinet.Ketua Penerangan UMNO,Tan Sri Annuar Musa berkata,spekulasi yang timbul mengatakan Menteri Kewangan II itu digugurkan daripada Kabinet tidak benar sebaliknya beliau memilih untuk tidak menyambung perkhidmatan atas sebab peribadi.Beliau yang juga Pengerusi Mara menjelaskan,Ahmad Husni ditawarkan untuk berada dalam Kabinet pada posisi tertentu, namun beliau memilih untuk tidak menyambung perkhidmatan. 

“Bagi saya tidak timbul soal digugurkan atau tidak daripada Kabinet dan mengenali Ahmad Husni, beliau seorang yang jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas serta amanah diberikan,” katanya selepas meraikan usahawan di bawah kelolaan Mara di Ketereh semalam.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai pelbagai spekulasi yang timbul selepas Husni diumumkan tidak berada dalam Kabinet yang diumumkan semalam serta peletakan semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN). 

Rombakan Kabinet itu me­nyak­sikan Timbalan Menteri Kewangan,Datuk Johari Abdul Ghani pula dinaikkan pangkat menjadi Menteri Kewangan II bagi menggantikan Ahmad Husni. Mengulas mengenai rombakan Kabinet,beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata,jemaah menteri dan timbalan menteri dipilih mampu memperkasakan lagi pentadbiran negara.Sementara itu,UMNO Bahagian Tambun menghormati keputusan Ahmad Husni meletak semua jawatan dalam parti dan Barisan Nasional (BN).Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tambun,Datuk Aminuddin Md. Hanafiah berkata,Ahmad Husni seorang pemimpin yang disayangi rakyat dan khidmatnya masih diperlukan. 

Utusan

Dalam pada itu seorang bekas pegawai khas kepada Husni di Kementerian Kewangan yakni Saiful Bahari Baharom menulis di laman facebooknya dibawah tajuk ‘TABEK HORMAT’.Menurutnya Husni membuat keputusannya atas sebab peribadi untuk melepaskan tawaran Perdana Menteri untuk beralih dari Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri,menggantikan Datuk Seri Wahid Omar di Unit Perancang Ekonomi (EPU) Katanya secara kebetulan beliau adalah orang pertama dimaklumkan mengenainya oleh Husni sendiri pagi Isnin ketika bertemu dengannya.Menurut Saiful yang kini CEO di Labuan IBFC tidak boleh di nafikan bahawa portfolio baru di Jabatan Perdana Menteri jaga EPU ini sememangnya di sandang oleh seorang yang bukan calang-calang kalibernya. \

BERIKUT IALAH TULISANNYA : 

Saya dulu bertugas hampir empat tahun bertugas sebagai Pegawai Khas dan kemudiannya Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada DS Husni Hanadzlah.Setelah saya berhenti dari perkhidmatannya kerana mendapat tawaran untuk memegang jawatan CEO,Labuan IBFC,perhubungan saya dengan DSH beralih kepada pegawai dan menteri kepada seorang sahabat atau lebih tepat lagi,sebagai seorang anak didik Dato Seri.Secara kebetulan,pagi tadi,saya adalah orang pertama di maklumkan oleh DSH sendiri,selepas DSH membuat keputusannya untuk melepaskan tawaran Perdana Menteri untuk beralih dari Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri,menggantikan DS Wahid Omar di Unit Perancang Ekonomi.Tidak boleh di nafikan bahawa portfolio ini sememangnya di sandang oleh seorang yang bukan calang-calang kalibernya.DSH mengambil keputusan tersebut di atas sebab-sebab peribadi.Saya berasa sedih dan hampir mengeluarkan air mata semasa DSH memeluk saya sebagai tanda goodbye.Sebelum beliau keluar melalui ambang pintu,saya lagi sekali memanggil, "Dato Seri".Beliau kalih dan saya memberi tunduk hormat - tunduk hormat kepada seorang yang banyak memberi tunjuk ajak dan didikan kepada saya.Thank you for being my mentor, sir.I will never forget you.

Ketika menjawab komentar beberapa rakan facebooknya,Saiful menolak dakwaannya kononnya Husni undur diri kerana tidak sebulu dengan Perdana Menteri. "Tidak tepat .(Kalau tak sebulu) masakan ditawar menggantikan DS Wahid Omar di EPU,"katanya.Dalam pada itu satu sumber yang layak dipercayai beritahu Agendadaily beliau tidak menolak kemungkinan Husni ingin bersara awal untuk tumpu perhatian pada keluarganya setelah bertahun-tahun sibuk dalam tugas dan politik.Katanya sewaktu kebetulan bertemu Husni baru-baru ini bekas Menteri Kewangan Kedua itu ada memberitahu isterinya baru menjalani pembedahan yang serius.Menurutnya Husni siapa tahu Husni ada sebab tersendiri melibatkan soal keluarga dalam membuat keputusan untuk undur diri dari kabinet. "Jadi tidak wajar sesiapa buat spekulasi yang negatif tanpa usul periksa."katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates