Social Icons

Pages

Thursday, July 21, 2016

#1MDB @1MDB !!! PENIPUAN PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!!


tu diaaa !!! saya dah agak dah pembangkang akan spin apa saja mengatakan kononnya kerajaan menipu rakyat malaysia berkenaan dengan 1MDB.lihat di bawah point sebenar apa yang berlaku !!! 

PENERANGAN ISU SIDANG MEDIA JABATAN KEADILAN AMERIKA SYARIKAT 

Pada pukul 11.30 malam semalam waktu tempatan,Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (Department of Justice – DOJ) telah mengadakan satu sidang akhbar bagi membentangkan satu kes untuk merampas aset-aset yang didakwa dibeli menggunakan dana daripada 1MDB.Turut dinyatakan bahawa dana ini telah dicuri oleh beberapa individu bagi membeli aset,barangan mewah dan juga bagi membiayai pembikinan sebuah filem.Ia juga menamakan salah seorang penerima dana tersebut sebagai “Malaysian Official 1”.Namun,Peguam Negara AS Loretta Lynch tidak mendedahkan siapakah individu yang dirujuk dengan “Malaysian Official 1” 

Berikut merupakan nota penerangan bagi menyatakan fakta-fakta kes 

• Kes ini bukanlah kes jenayah.Ia merupakan aduan awam di mahkamah AS.Oleh itu,keputusan muktamad dalam kes ini merupakan rampasan aset daripada beberapa individu terbabit dimana semua aset-aset ini akan dipulangkan ke Malaysia. 

• 1MDB telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa “ia bukanlah pihak yang didakwa dalam aduan tersebut, tidak mempunyai sebarang aset di Amerika Syarikat dan tidak pernah menerima sebarang keuntungan daripada pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam kes tersebut” 

• Ia juga menyatakan bahawa “1MDB tidak pernah dihubungi oleh Jabatan Keadilan AS atau mana-mana agensi luar lain berhubung penyiasatan mereka.” 

• Oleh yang demikian,bagaimana pihak berkuasa boleh benar-benar pasti yang wang tersebut telah dicuri atau hilang atau seseorang itu merupakan mangsa dalam satu jenayah,melainkan mangsa tersebut terlebih dahulu ditemuduga dan ditanya soalan,memandangkan mangsa tersebut bersedia untuk bekerjasama dengan sebarang penyiasatan ???


• Tidak ada sebarang cadangan bagi mendakwa individu-individu yang terlibat dan nama YAB PM tidak dinyatakan di mana-mana.DOJ tidak menamakan YAB PM dalam aduan mereka memandangkan kes ini tidak ada kena mengena dengan beliau.Kes pada masa ini adalah bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah AS bagi merampas aset-aset daripada individu terbabit yang didakwa terlibat dalam penyelewengan.


• Bila ditanya oleh seorang wartawan mengenai identiti “Malaysian Official 1”,Lynch menyatakan bahawa beliau tidak boleh menamakan individu tersebut.Ini menunjukkan bahawa DOJ sendiri tidak 100% pasti dengan fakta mereka.

• Perlu ditegaskan di sini bahawa dana yang disalurkan kedalam akaun YAB PM yang dipegang secara amanah untuk parti,merupakan derma daripada Kerabat Diraja Saudi.Ini telah disahkan dalam surat yang didedahkan oleh Wall Street Journal Sendiri.Tidak ada sebarang tanda-tanda penipuan dan tidak pernah ada sebarang keraguan mengenai kesahihan sumber dana tersebut memandangkan Kerabat Diraja Saudi memang terkenal dengan kekayaan mereka yang datang daripada pelbagai sumber, yang mana mereka selalu dermakan kepada negara-negara Muslim di seluruh dunia. 

• WSJ juga telah mengesahkan bahawa dana daripada Kementerian Kewangan Saudi telah didepositkan ke dalam akaun tersebut dan kewujudan derma tersebut telah DISAHKAN oleh Menteri Luar Arab Saudi Adel-Al Jubeir.YAB PM telah menerima derma politik tersebut dengan niat yang baik dan tidak melanggar sebarang undang-undang dalam menerima wang tersebut.YAB PM sudah menceburi bidang politik selama 40 tahun dan sedia maklum bahawa derma politik adalah perkara normal dan tidak ada sebarang perkara yang mencurigakan dalam derma politik yang dibuat oleh Arab Saudi. 

• 70% daripada derma politik tersebut telahpun dipulangkan. Memandangkan bahawa dana yang berada dalam akaun amanah parti tersebut datang daripada pelbagai sumber, seperti derma daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi, penderma biasa dll, bagaimana seseorang dapat menentukan wang dari sumber manakah yang digunakan untuk aktiviti apa atau tujuan apa.

• Akan tetapi,WSJ juga telah mengakui bahawa sebahagian besar wang yang digunakan adalah untuk tujuan kebajikan (CSR) dan bagi membiayai pilihanraya.Jikalau YAB PM ingin mencuri wang tersebut, mengapa beliau memulangkan semula dana lebihan yang tidak digunakan ??? 

• Akan ada pelbagai tuduhan yang akan dilemparkan kepada PM, keluarganya dan parti dalam beberapa hari akan datang.Sejak dari mula lagi,tiada siapa yang menentang PM berminat untuk mendapatkan jawapan atau kebenaran,tetapi untuk menjatuhkan seorang PM dan kerajaan yang dilantik secara demokrasi.

• Jangan percaya dengan sebarang tuduhan daripada pihak pembangkang.Sebarang perlakuan jenayah masih dalam siasatan dan individu yang bersalah tetap akan dihadapkan ke muka pengadilan.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates