Social Icons

Pages

Friday, July 22, 2016

#1MDB @1MDB !!! SIAPA BAYAR FIRMA #USA PERCEPAT ADUAN ??? - @RAMESHRAOAKS


Ada maklumat rupa-rupanya pihak tertentu boleh membayar sejumlah wang yang besar kepada sebuah firma Amerika Syarikat (AS) dan firma itu akan menggunakan segala kepakaran yang ada untuk memastikan kes yang dilaporkan akan didengar secepat mungkin.Perkara itu didedahkan oleh satu artikel ditulis oleh portal malaysia-today.net yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) semalam.Beliau berkata,tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) AS itu adalah hasil aduan dari kumpulan anti-Najib.Oleh itu,Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao mahu pihak yang mereka yang membuat aduan,siapa yang menyediakan sumber kewangan yang banyak membayar firma itu supaya isu ini didengar dengan cepat. 

"Siapa yang tanggung dan bayar jutaan ringgit,kos firma guaman di Amerika mendapatkan mereka yang berkuasa untuk mendengar kes 1MDB?" tegas Ramesh dalam satu kenyataan media hari ini.Dalam artikel RPK berkenaan,beliau menulis bahawa selepas sejumlah wang dibayar biasanya tidak banyak perkembangan akan berlaku melibatkan kes tetapi mereka akan membuatkan kes berkenaan jadi kecoh. Ramesh awal-awal lagi sudah menyatakan bahawa Najib tidak terlibat langsung dalam siasatan terbaru ini dan ia hanyalah satu taktik jahat dan kotor oleh gerakan menjatuhkan Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Beliau berkata,sebagai seorang Perdana Menteri selama 22 tahun dan bencikan pula Amerika satu ketika dulu,takkan Dr Mahathir tidak mengetahui selok-belok sistem Amerika."Pastinya beliau akan menggunakan sepenuhnya kesempatan ini kerana nampak peluang untuk menjatuhkan Najib kerana itu sahaja matlamatnya," kata Ramesh.

22 Julai 2016 
2.14 petang

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Memang sesuailah nama ko badut.Isunya bukan konon2 ada orang bayar supaya dipercepatkan siasatan,tapi isu sebenarnya adalah sudah terang lagi bersuluh yg kes penyelewengan wang 1mdb adalah valid!!Juga tersangat terang lagi bersuluh yg tuan ko ahjib dan anak tirinya serta kuncu2 mereka termasuk taik jho low dan beberapa orang lagi terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengnyonglapan duit 1mdb.

Malah sangat2 terang seterang matahari pagi lagi bersuluh spotlight yang Malaysian official 1 yg dimaksudkan oleh DOJ adalah tuan ko sendiri iaitu mat najib.Kan ada tulis situ pasal AG Malaysia,pasal akaun peribadi MO1 yg dimasukkan duit usd681juta tu.Ada ke orang lain selain najib yg berkait dengan AG dan akaun RM2.6b tu dol??Dan MO1 pula dikatakan keluarga riza aziz.Janganlah tunjuk sangat kena beli(maruah) sampai menyerlahkan kebodohan yg melampau.

Anonymous said...

KAU jgn layan dia bukan tun m
kaki karut

rao gi cari ubi buat dedak

 
 
Blogger Templates