Social Icons

Pages

Wednesday, July 20, 2016

BREAKING NEWS !!! APA CERITA MESYUARAT #LIMGUANENG #DAP HARI INI ???


Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng hari ini memanggil mesyuarat khas EXCO bagi membincangkan kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dibubarkan.apa yang berlaku di pulau pinang.adakah ini berkenaan dengan mesyuarat tergempar untuk pilihanraya di pulau pinang ??? atau hanya mesyuarat biasa ???

dalam masa yang sama PKR Pulau Pinang masih belum bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan pilihan raya tergempar negeri,kata Timbalan Ketua Menteri I dan anggota Biro Politik PKR Datuk Rashid Hasnon.Beliau berkata PKR negeri berpendirian sama dengan pusat dan memerlukan masa yang lebih untuk memahami cadangan itu.“Kami bukan menolak cadangan itu tetapi memerlukan masa yang lebih untuk memahami cadangan itu sebelum membuat sebarang keputusan muktamad,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri Rapid Penang hari ini.


Beliau berkata mesyuarat biro politik malam tadi memutuskan PKR belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar itu. “Kami akan membuat perbincangan yang seterusnya dengan pemimpin dan wakil rakyat (negeri ini),” katanya.Laporan media baru-baru ini memetik Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy sebagai berkata DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng.Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur respons rakyat negeri ini terhadap tuduhan yang dikenakan ke atas Lim dan pilihan kedua ialah menunggu pilihan raya umum akan datang.Rashid bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada isu pilihan raya mengejut termasuk dalam agenda mesyuarat exco hari ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates