Social Icons

Pages

Wednesday, July 20, 2016

BREAKING NEWS !!! #DAP TANGGUH PEMILIHAN ??? APA CERITA NI ???


apa cerita ni ??? tu laaa,dulu kutuk-kutuk parti lain.sekarang apa dah jadi ??? jom kita recap balik kisah sebelum ini.Akhir Jun tahun lepas apabila UMNO umum penangguhan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun ini (2016) selama 18 bulan,maka bergentayanganlah komen dari penyokong pembangkang memperolok dan mempertikaikan penangguhan tersebut.Mereka yang rata-ratanya dari DAP dan PKR itu menganggap keputusan tersebut sebagai bukti UMNO menafikan hak ahli,tidak demokratik dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula dituduh takut berdepan dengan pemilihan semula.Penyokong DAP ternyata lupa sejarah sendiri kerana fakta menunjukkan DAP juga telah menangguhkan pemilihan parti mereka pada 2010 dengan alasan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13). 

Demikian penyokong PKR juga mudah lupa hakikat yang PKR pada awal 2013 juga telah menangguhkan pemilihan atas alasan nak menghadapi PRU13.Di kalangan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad pula,mereka mendakwa penangguhan itu dilakukan untuk kepentingan Datuk Seri Najib yang dituduh mahu jadi Presiden seumur hidup selain takut jawatannya dicabar oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pemilihan itu nanti.Penyokong Tun Mahathir sengaja melupakan fakta soal tangguh pemilihan bukan asing di zaman mantan Perdana Menteri Ke-4 itu memerintah kerana beliau pernah melakukannya pada 1999.semalam,sekali lagi tercatat sejarah apabila DAP secara rasmi mengumumkan penangguhan proses pemilihan parti,alasannya sama seperti UMNO untuk persiapan menghadapi PRU14.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

Menariknya penangguhan ini berlaku ketika tempoh khidmat Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP sepatutnya tamat pada 29 September ini.Mungkinkah ini satu strategik untuk melanjutkan penguasaan anak kesayangan Lim Kit Siang itu untuk terus bergayut menguasai DAP ??? Dan lebih menarik ia berlaku tatkala Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sedang berdepan dengan kes dakwaan rasuah dan salahguna kuasa di mahkamah bersabit isu banglo dan pengezonan tanah.Apakah ada kebimbangan kes tersebut bakal mencalar penguasaan Dinasti Lim dalam DAP ??? 

Atau adakah cerita ceriti mahu mengadakan pilihan raya negeri di Pulau Pinang secara mengejut salah satu propaganda DAP untuk merelevankan penangguhan pemilihan parti mereka ??? Perkara ini sepatutnya mengundang persoalan ramai penyokong pembangkang motif sebenar disebalik penangguhan yang tiba-tiba ini.Dulu mereka galak mencemuh UMNO berkaitan isu penangguhan, sekarang patutnya jika benar demokratik kenapa tidak turut dicemuh keputusan DAP ??? Setakat artikel ini ditulis,tak kelihatan komen negatif dari penyokong DAP mahupun PKR yang mencela atau menganggap penangguhan tersebut sebagai anti demokratik,meskipun sebelum ini mereka galak mencela UMNO dalam isu yang sama.Tak terkeluar walau satu bait kata dari hujung jari mereka untuk mempertikaikan pengumuman DAP itu.Sindir sinis pun tidak,selar pun tiada,maki apatah lagi,pendek kata tak terluah langsung pertikaiannya. Itu maknanya mereka angguk-angguk saja bila melibatkan DAP.Mereka tak berani bersuara menuduh Lim Guan Eng takut hilang kuasa, tidak demokratik dan mereka lagilah tak sanggup nak tuduh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang nak kekalkan penguasaan Dinasti Lim sampai mati menguasai DAP. 

Yang ada komen negatif cuma dari kalangan pemerhati politik bebas dan penyokong PAS yang menganjing-anjingkan pengumuman penangguhan tersebut,serta komen-komen dari penyokong UMNO yang secara sinis mengimbas kembali cemuhan penyokong DAP dan PKR terhadap UMNO pada tahun lalu.Bila UMNO yang tangguh laju penyokong DAP & PKR menyalak,sekarang bila DAP turut melakukannya,terus senyap seribu bahasa diam tak terkata.Cukup hipokrit.Rasakan sekarang jilat semula ludah sendiri.Bagaimana dengan penyokong Tun Mahathir ??? Tak perlu bersoal jawab, sejarah penangguhan zaman pemerintahan Mahathir sendiri pun mereka boleh lupa,takkan mereka nak kutuk penangguhan pemilihan DAP seperti mereka galak mengutuk UMNO.Diam-diam sajalah,betul tak pembaca Badut Rakyat ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates